Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Oh Melayu

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






27 May 2007

Oh Melayu

melayu
aku bangga menjadi mu
majukan diri kehendak agama rasmi ku
tapi melayu ku terlebih maju
tunjuk pusat menjadi tren baru
sumbang mahram kedengaran selalu
buang anak carta no satu
dadah macam dah sebulu
melayu ku maju
hiv kini menjadi cerita
agih kondom dan jarum percuma
untuk tambah golongan peminta
banyak melayu berbaris d depan mata
menunjuk melayu maju sedepa
ya allah selamatkanlah bangsa ku
biarkan mereka sedar begitu
agar ingat dosa yang lalu
agar musibah tidak melanda
negara ku.

melayu
nampaknya engkau terus leka
dibuai mimpi untuk gembira
sedarkah kau melayu
yang kita sebenarnya dipandang hina
oleh bangsa lain d depan mata
mereka senyum mengejek
engkau suka
mereka mengata
engkau ketawa
melayu oh melayu
aku hampir hanyut
lemas dan buta
sukar mengenal bangsaku melayu.

Melayu
sukar sekarang untukku
mengenal sendiri bangsaku
melayu
agama di tinggalkan
mengejar dunia
yang tidak menjanjikan apa-apa
melayu
arus itu membawaku
melihat dunia nyata
tapi melayuku
masih tak sedar
sedarlah bangsaku
sedarlah.sedarkan aku.

melayu
bumi mu dilanda musibah
rohani dan jasmani
lansung berubah
dulu sopan kini terdedah
melayu
bumi mu dilanda musibah
amaran ilahi tidak diendah
adat diangkat agamamu dah tak kisah
golongan remaja kini meredah
keluar agama dengar tak sudah
melayu
bumi mu dilanda musibah
bila bercinta nauzubillah
anu dirakam menjual kisah
tatapan umum kian sudah
melihat anak bangsa ku
jauh berubah
melayu
gempa bumi dan juga tsunami
amaran petanda dari ilahi
untuk jiranmu yg lupakan ilahi
kini masa mu akan tiba
bila engkau semakin leka

1 comment:

NoTy GiRL said...

astaga....insafla wahai bgsa melayu....