Ukur kadar blogohol dalam darah
Kita ada ujian alkohol untuk ukur kadar kandungan alkohol dalam darah, terutamanya kepada pemandu mabuk beruk berayun lepas hisap ganja dan syabu. Polis trafik ada alat pengukur kandungan alkohol dan pemandu tak kira sama ada anak datuk atau artis kena bernafas melaluinya.
Bagaimana kalau nak ukur tahap “kemabukan” pembaca atau penulis blog? Mungkin nanti ada alat pengukur kadar kandungan blogohol dalam darah mereka. Sementara alat tu ada, mungkin kadarnya sama dengan kadar yang digunakan untuk menentukan kandungan alkohol dalam darah.
Kadar kandungan blogohol dalam darah
(%) | Efek |
0.02 | Perasaan berubah secara sederhana terutama keinginan baca blog orang; mood untuk baca blog sentiasa ada. |
0.05 | Rasa releks bila dapat baca blog orang; tak dapat baca blog akan jadi dizzy; rasa terikat dengan blogger itu; keupayaan berfikir dan pergerakan sendi terganggu kalau tak dapat klik mouse di blog orang. |
0.08 | Koordinasi otot dan reaction time tidak teratur kalau tak dapat skrol down walaupun entri blog panjang; muka, tangan, lengan dan kaki menggeletar dan kemudian hilang keupayaan menggerak sekiranya talian internet terganggu atau lambat, sekali gus tidak dapat surf blog yang diminati. Secara undang-undangnya, dianggap intoxicated di Kuala Lumpur and beberapa negeri di Pantai Barat. |
0.10 | Gugup, panik dan perlakuan tidak seimbang kalau tak dapat bagi komen/respon di blog orang; gangguan kepada keupayaan mental, judgment dan ingatan sekiranya blog yang disurf tak diupdate. Secara undang-undangnya, dianggap intoxicated di kebanyakan negeri di Semenanjung |
0.15 | Perlakuan tak hiraukan orang sekiranya mengadap laptop/komputer untuk baca blog orang; mengalami euphoria atau kegembiraan yang keterlaluan apabila blog orang diupdate; turut mengalami kesukaran berdiri dan berjalan akibat terlalu lama duduk mengadap blog serta bercakap kerana hanya menumpu kepada teks. |
0.20 | Pusat kawalan perasaan dan motor sendi terganggu secara serius ketika membaca blog; bercakap tidak menentu dan kacau dengan beberapa ayat atau teks dalam entri blog orang bersimpang-siur ketika bercakap; hilang keseimbangan badan kerana tidak upaya menahan graviti blog orang; double vision atau penglihatan berganda, iaitu imej keadaan sekeliling bertindih-tindih dengan imej blog orang. |
0.40 | Pembaca blog selalunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di depan laptop/komputer ketika surf; perhubungan dengan manusia lain terputus secara langsung kecuali secara teks dalam comment atau tagboard. |
0.45 | Pernafasan perlahan dan mungkin boleh terhenti kerana tidak mendapat udara luar. |
0.50 | Kematian kehidupan sosial boleh berlaku. |
Jadi, agak-agaknya berapa kandungan blogohol dalam darah korang?
No comments:
Post a Comment