Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: WARIS JARI HANTU

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






29 May 2007

WARIS JARI HANTU


Pergh... terkezut aku. datang2 jer opis ari ni, nak naik lif, terpantak poster WARIS JARI HANTU... lakonan Azean, Rusdi dan Maya Karin.... Well, ini serba sedikit citer dia....

Waris Jari Hantu - pic Rusdi as a woman

Waris Jari Hantu ada kelainan
2007-04-26 11:47:00.0

mstar.com.my
oleh WAHIDA ASRANI

Ada kelainan pada filem terbaru arahan Shuhaimi Baba ini yang berjaya menarik perhatian penulis untuk setia menonton Waris Jari Hantu (WJH) sehingga tamat.
Walaupun jika dilihat pada barisan pelakonnya, Shuhaimi atau lebih mesra dipanggil Shumi masih mengekalkan nama-nama sama yang pernah diambilnya untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 tidak lama dulu, tetapi pengarah tersohor itu nampaknya berjaya memberi sentuhan yang berlainan pada WJH.
Pujian pertama ingin penulis berikan kepada dua tunggak utama filem ini, Maya Karin dan Rusdi Ramli. Berbanding lakonan mereka di dalam Pontianak Harum Sundal Malam 2, kali ini gandingan Maya dan Rusdi dilihat mempunyai chemistry yang lebih 'kuat' dan watak mereka yang memerlukan keakraban sebagai kawan karib memang nampak menarik dan jelas dilihat 'serasi'.

Image
Gandingan Maya dan Rusdi dilihat mempunyai 'chemistry' yang lebih 'kuat' kali ini

Memang jika dinilai dari segi lakonan, tidak banyak perbezaan mahupun kelainan yang ditonjolkan oleh mereka berdua.
Maya masih dengan watak lemah-lembutnya, cuma Rusdi kali ini memerlukan 'kekuatan' yang lebih untuk watak Ari yang dilahirkan khunsa dan akhirnya memilih untuk menukar jantina.
Bak kata Rusdi sendiri: "Saya letih untuk bawa watak ini. Mungkin nampak senang, tetapi saya pernah putus asa dan menyuruh pihak Pesona Pictures carikan pengganti saya saja.
"Setakat untuk berpenampilan sebagai wanita, saya tidak menghadapi kesukaran sangat. Tetapi apa yang merungsingkan saya ialah bagaimana untuk melihat wanita daripada perspektif berbeza, dari kaca mata lelaki yang ingin menjadi wanita."
Namun, usaha yang berbaloi buat aktor ini apabila lakonannya berserta emosi yang dicurahkan Rusdi di dalam filem ini memang terserlah.

Image
Walaupun Ari berperwatakan lembut, Tina masih setia berada di sisi Ari dan menyimpan perasaan terhadapnya

WJH berkisar tentang Tina (Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) yang berkawan baik di mana mereka bersaudara dengan Tok Wan Rimau (Azean Irdawaty), penjaga harimau saka keluarga Tina yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya.
Tok Wan Rimau dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya.
Ari yang berpewatakan lelaki lembut, sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran Mat Kepit dan Mat Patah kerana berperwatakan lembut. Walaupun begitu, Tina masih setia berada di sisi Ari dan menyimpan perasaan untuk berkahwin dengannya satu hari nanti.
Ternyata, Tina sebenarnya adalah pilihan Tok Wan Rimau untuk menjadi pewaris saka sehinggalah Ari yang terlalu sayangkan Tina menawarkan dirinya menjadi pengganti.
Selain tiga tunggak utama itu, WJH juga membariskan pelakon-pelakon hebat lain seperti Nanu Baharudin, Liza Othman, Zahim Al-Bakri, Riezman Khuzaimi, Kavita Sidhu, Rashid Salleh dan Zaidi Omar.

Image
Aksi Tok Wan Rimau ketika menurunkan ilmu saka harimau

Dan jika ingin memperkatakan mengenai aspek lakonan, penulis tidak teragak-agak untuk memberi pujian kepada Azean yang berjaya membawakan karektor Tok Wan Rimau dengan cukup berkesan.
'Kehebatan' Kak Yan merangkak ala-harimau memang menjadi! Berbaloilah dengan usaha Kak Yan yang sanggup membuat kajian yang mendalam tentang ilmu saka ini dengan banyak pihak, termasuklah inisiatifnya bersama Liza Othman untuk duduk di rumah Mak Nani semata-mata untuk mempelajari bahasa Minang dengan baik.
Kelainan pada karya Shumi kali ini ialah garapan jalan cerita yang secara peribadi penulis rasakan 'kena' dan dilakukan dengan cara yang cukup baik oleh Shumi.
Walaupun keseluruhan filem ini berkisarkan kepada elemen mistikal berdasarkan kisah benar mengenai ilmu saka harimau di Negeri Sembilan, Shumi bijak mengolah jalan ceritanya dengan menyelitkan elemen drama untuk memastikan penonton tidak secara terus-menerus disajikan dengan unsur mistik itu.

Image
Salah satu babak di dalam Waris Jari Hantu

Selain kisah Tok Wan Rimau yang ingin mencari pewaris, pengarahnya menggarap jalan cerita sampingan dengan memasukkan kisah lelaki lembut tetapi masih berkaitan dengan keseluruhan jalan cerita yang masih memfokuskan kepada saka harimau itu.
Seperti yang dijelaskan oleh Shumi: "Saya ingin buat penonton berfikir, bagaimana jika waris saka itu diturunkan pada lelaki? Dari situlah timbulnya idea jalan cerita yang saya hasilkan ini."
Olahan yang menarik, cuma mungkin 'drama' yang membabitkan perasaan Tina pada Ari dan gelodak jiwa Ari yang menanam hasrat untuk menjadi wanita agak meleret di pertengahan filem ini sehingga adakalanya terasa seperti menonton filem Hollywood Transamerica.
Cuma, drama itu berjaya diselamatkan oleh penghayatan watak yang baik daripada Maya dan Rusdi terutamanya pada babak pertemuan semula Tina dan Ari setelah Ari pulang dari Singapura selepas menjalani pembedahan penukaran jantina.
Penulis sendiri tidak pasti sama ada isu transeksual ini boleh mencetuskon kontroversi kelak. Tetapi, jika disaksikan daripada jalan cerita, penulis secara peribadi merasakan elemen yang cuba diketengahkan oleh Shumi ini tidak ada salahnya, kerana hasilnya tidak menghampakan.
Atau mungkin juga Shumi mempunyai agenda sendiri untuk memastikan filem ini mendapat sambutan?

Waris Jari Hantu akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan dan Brunei pada 31 Mei

No comments: