Kad kredit, satu keperluan atau kejatuhan?
Erm, skrang ni dah ramai orang yang memiliki kad kredit, dengan gaji minima RM 1500, dah senang2 orang dapat kad kredit. Memang pada mulanya nampak mudah, tetapi lama kelamaan menjadi tabiat untuk berbelanja menggunakan kad kredit. Tidak hairanlah sekarang kebanyakkan gedung membeli belah atau pasaraya menyediakan tempat untuk bayar menggunakan kad kredit. Tapi apakah kebaikan dan keburukannya?
Kebaikan kad kredit ini ianya mudah dibawa tanpa membawa sejumlah banyak wang tunai di dalam dompet, ini dapat mengelakkan gejala yang tidak sihat seperti kes ragut, rompak dan kehilangan wang. Selain itu, ianya memudahkan pembelian barang-barang jika tidak membawa wang yang secukupnya. Pembelian melalui internet juga memerlukan anda menggunakan kad kredit. Anda juga boleh membayar jumlah yang digunakan secara ansuran
Keburukan kad kredit pula, urusniaga di kedai biasanya bukan percuma, mesti anda pernah dengar perkataan 'interest' kan, interest kedai dan bank akan dikenakan bila anda berurusniaga dengan bank. Selain itu, dengan kad kredit, anda akan berbelanja sesukahati bagi mereka yang tidak prihatin dengan jumlah yang telah digunakan sebelumnya. Jika anda tidak membayar jumlah yang secukupnya atau tidak membayar sebelum tarikh yang sepatutnya, anda juga akan dikenakan interest dari pihak bank. Semua ini berlaku tanpa anda sedari. Dan semakin hari jumlah hutang kad kredit anda semakin meningkat. Tidak hairanlah jika ramai eksekutif muda sekarang ini sudah diishtiharkan BANKRUP!!! wah satu fenomena yang amat bahaya.
Jadi berfikirlah jika anda ingin berurusniaga menggunakan kad kredit kerana ianya amat pedih jika tidak diuruskan dengan cermat. Jadilah pengguna bijak yang bijaksana.
No comments:
Post a Comment