Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






17 June 2007

Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?


Bukan gimik bukan apa, apabila ada adegan panas, tentu ada adegan cium mulut. Tapi orang kita memang berlapik dalam soal ini apabila bikin filem. Aksi panas dalam filem 9 September lakonan Pierre Andre & Fasha Sandha guna teknik khas kamera. Bukan cium betul-betul. Kalau dulu, kita tonton filem Ali Setan, Ogy Datuk Ahmad Daud dipasangkan dengan Azmil Mustapha, Brad Pitt berpasangan dengan Angelina Jolie dalam Mr. & Mrs. Smith sehingga boleh membawa impak besar dalam dunia sebenar mereka. Dari berpasangan dalam filem, boleh membawa ke jinjang perkahwinan. Jerat percintaan, bak kata lagu Datuk Siti Nurhaliza, telah menjerat Pierre & Fasha di lokasi. Cinta lokasi… orang kata, sekadar untuk mebangkitkan hype sesebuah filem, tetapi kadang-kadang boleh jadi cinta sejati. Tidak hairan, kalau satu hari nanti Pierre Andre dan Fasha Sandha yang sedang kononnya dikatakan hangat bercinta akan berkahwin. Memang benar, ini bukan gimik mereka berdua untuk melariskan filem 9 September. Pierre mengaku yang dia dan Fasha Sandha kawan rapat. Tetapi soal hati kita tidak tahu. Manalah diorang nak mengaku, kan?

Anak bujang pelakon Khatijah Tan, Pierre yang juga penulis skrip 9 September & Fasha Sandha memang serasi nampaknya. Saya sudah pun melihat keratan video dari filem 9 September yang diperolehi ketika menghadiri majlis kesyukuran tamat pengambaran filem ini di Hotel Cititel baru-baru lalu. Keseluruhan, saya dapat katakan filem ini memang ada aksi kelakar, lawak yang ala-ala filem Indonesia dan yang penting, anda akan tonton watak Kogi lakonan Pierre Andre yang begitu lain dari apa yang Pierre lakukan sebelum ini. Begitu juga dengan watak Nia lakonan Fasha Sandha yang begitu mengganas dalam filem arahan Pierre ini. Fasha bawa watak gadis antagonis yang kasar. Nak kata macam tomboy, pengkid tak jugak. Kasar macam lelaki kot. Kadang-kadang Nia ni jenis yang selalu cari pasal, asyik nak gaduh je dengan Kogi. Babak cium mulut dalam pawagam antara adegan yang sukar dilakukan. 5 kali katanya diorang ni ulang tape. Apa taknya, bila nak mula ‘cium’ tu, terus diorang ni asyik nak ketawa je. Tapi sama-sama kita tunggu, samada babak ini boleh menimbulkan kontroversi atau tidak. Atau sah-sah kena potong dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Hahaha… biasala tu. Yang penting, diorang bukan cium betul-betul. Kalau lakonan Fasha dalam Badai Pasti Berlalu pun orang duk asyik mengata soseh-soseh, inikan pula babak pelakon kita cium mulut. Selain Pierre dan Fasha, filem yang dianggarkan mencecah RM 1.2 juta ini turut membariskan Fahrin Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Zami Ismail, Osman Kering dan ramai lagi. Cabaran besar buat Pierre kerana dalam filem ini dia jadi penulis skrip, pengarah dan pelakon. Mmm… kira 3 P dah tu… ada can nak jadi pengganti P. Ramlee dah ni.

sumber http://www.budiey.com/

3 comments:

Anonymous said...

suka hati diorg.la..org yg tulis blog ni pun sama bodoh macam artis tu;p

Anonymous said...

suka hati diorg.la..org yg tulis blog ni pun sama bodoh macam artis tu;p

Anonymous said...

personal opinion ak ttg film ni; dua2 blakon cm kureng je.. xreal sgt.. n versi ak tgk ni da kne tapis kot.. xsmpat cium da glap hehe