Edisi Siasat ? Edisi Sensasi ??
Tergerak hati saya untuk memberi komen sikit pasal Edisi siasat nih. Sebenarnya apa yg dibuat oleh edisi siasat nih bukan tak baguih... cuma kekadang saya ghasa depa nih macam... skodeng ja lebey.. bukan nak pi siasat.. pi tangkap gambaq pehtu tayang kat umum. Skang nih meh kita lihat sapa dia audience ntv7.. boleh dikatakan seluruh rakyat m'sia yg mana semua lapisan masyarakt dok tgk.. mak bapak tokwan adek kakak dan jugak budak2 kecik.
Saya ghasakan secara tak langsung Edisi Siasat nih dapat beri pendedahan awal kat budak2 yang mana tatau menahu mengenai benda2 camnih .. atau ayat lain cam bukak jalan.. contoh cam isu moneyboy tuh.. contoh cam... nak bukak jalan kat budak2 gay yg lain cari duit.. padahal benda nih.. saya rasa org2 kl sendirik tatau kewujudan golongan moneyboy nih. Lagi satu macam pelakuan kaple yg dlm utan yg dok ***** aduih.. memang la depa(camera) tak tunjuk terang2 tapi org tau depa dok buat pa.. then katakan budak2 umoq 5-10 tahun tanya hangpa ...abg ngan kakak tuh dok buat pa? hangpa nak jawab apa ? itu lah skit point yg aku amik dari surat kabaq utusan malaysia .. sat aku paste hangpa keratan tu. Benda2 gu nih kalu buat pendedahan dlm internet tuh aku rasa okay la lagik kan .. cam kedahonline.net dok buat dan juga jiwang Xpose sebab .. audience2 kita semua remaja2 .. takdak budak2 umoq 4-10 tahun.. dan jugak org tua2 pun jarang bukak. So apa pendapat hangpa.. ? kalu ada silalah bagi komen okes.. Kat bawah nih saya paste surat pembaca utusan.
SURAT PERTAMA
Saudara Pengarang,
SAYA ingin mengucapkan syabas kepada ntv7 di atas usaha mendedahkan masalah sosial yang melanda kehidupan masyarakat tempatan dewasa ini.
Pun begitu, saya juga berpendapat tidak semua remaja dan anak-anak Malaysia yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk yang didedahkan. Maka saya berharap ntv7 tidak menayangkan adegan terkutuk yang dilakukan oleh mereka secara terang-terangan.
Pernah ketika saya sedang menonton rancangan tersebut bersama seluruh ahli keluarga, muncul satu adegan sepasang kekasih sedang melakukan seks oral di sebuah kawasan hutan simpan.
Walaupun ntv7 cuba menyorokkan sedikit aksi tersebut di sebalik lindungan daun-daun pokok tempat aksi itu dirakamkan, ia tetap dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai apa yang sedang dilakukan oleh pasangan tersebut.
Apabila adik-adik saya yang masih kecil mula menanyakan soalan seperti: ``Kakak dengan abang tengah buat apa macam tu? Abang tu kencing depan kakak tu ke? Kakak tu nak buat apa buka seluar abang tu?''
Disebabkan saya sukar menjawab soalan mereka, saya tukarkan sahaja ke saluran lain.
Bagaimanapun, menurut seorang adik perempuan saya yang sedang menuntut di tingkatan satu salah sebuah sekolah terkemuka di Kota Bharu, rakan-rakan lelakinya di sekolah hangat memperkatakan tentang rancangan tersebut.
Saya juga merasakan tindakan stesen televisyen swasta berkenaan menunjukkan aksi-aksi yang sedemikian mungkin akan menimbulkan rasa ghairah kepada para remaja seterusnya mencari VCD lucah untuk menonton aksi-aksi serupa yang dilakukan.
Dari tidak tahu atau kurang tahu, akhirnya mereka teransang untuk mencari bahan-bahan seumpama itu akibat pendidikan seks yang boleh saya anggap sebagai tidak formal diterima oleh mereka melalui TV. Bukankah ini akan lebih memburukkan keadaan?
Ia tidak ubah seperti memberikan pendedahan awal tanpa saluran dan etika yang betul kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak yang langsung tidak mengerti tentang perlakuan seks untuk mencuba apa yang `diajar' di televisyen.
Sekali lagi saya nyatakan bahawa tindakan stesen televisyen berkenaan mendedahkan mengenai salah laku atau kegiatan seks di kalangan masyarakat setempat adalah amat baik untuk sekurang-kurangnya memberikan pengajaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya penjagaan akhlak, peribadi mulia dan pendidikan agama yang berterusan.
Tetapi cubalah elakkan daripada menunjukkan aksi-aksi memalukan yang mungkin menjadi ikutan kanak-kanak dan remaja.
Saya cadangkan aksi-aksi yang memalukan itu ditukarkan dengan aksi-aksi yang lebih membina seperti penangkapan mereka yang melakukan salah laku seks seperti mana yang dilakukan oleh sebuah lagi stesen televisyen swasta menerusi rancangan mereka yang tidak kurang hebatnya.
Saya khuatir kakitangan penggambaran ntv7 hanya sekadar tumpang seronok menyaksikan aksi-aksi mereka dari pelbagai posisi menarik? Saya lebih khuatir kalau-kalau adegan berkenaan akhirnya dijadikan VCD lucah dan dipasarkan.
Ini bukannya satu pendedahan yang membina tetapi menyusahkan lagi pihak kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memerangi VCD lucah.
Saya berharap sangat aksi-aksi yang memalukan ini tidak ditayangkan lagi di kaca televisyen. - ABANG MALUWEH, Kota Bharu, Kelantan.
SURAT KEDUA
SAYA menyokong pandangan Mat Bengang dan lain-lain yang merasa kurang senang dengan rancangan Edisi Siasat.
Di sekolah, anak saya ditanya oleh rakan-rakan bukan Melayu: ``You tengok tak ntv7 semalam, pakai tudung pun boleh buat itu macam ke?''
Bayangkan betapa malunya anak saya dan rakan-rakan Melayunya yang lain. Apa nak jawab, mana nak letak muka? Inilah permulaan kesan berbentuk negatif yang mereka terpaksa hadapi. - IBU YANG TAK PUAS HATI, Shah Alam.
SURAT KETIGA
EDISI Siasat ntv7 sebenarnya hanya mencari rating tinggi. Gaya cakap pengacara membuatkan kita menjadi geli untuk mendengarnya.
Mereka sebenarnya bukan menyiasat, tetapi sekadar mengendap dan menanya! Contohnya dalam kes Sindiket Peminta Sedekah, mereka hanya menanya dua orang pengemis dan menyatakan itu satu sindiket.
Edisi Siasat sepatutnya ditukar ke Edisi Sensasi itu lebih sesua
No comments:
Post a Comment