Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Mawi larang Ikin aktif seni?

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






29 July 2007

Mawi larang Ikin aktif seni?


Kisah cinta baru sudah terbongkar dan ia dibongkarkan oleh yang empunya diri sendiri. Tetapi siapakah gadis misteri yang melekat di hati Mawi, masih lagi menjadi misteri.
Sana sini orang dok bertanya. Joyah cuba juga mengorek dengan insan-insan yang rapat dengan Mawi, siapakah yang kini bertamu di hati?
Mereka semua pun tutup mulut. Semua mulut mereka yang rapat dengan Mawi sudah dimangga supaya jangan bocor apa-apa maklumat kepada media.
Tetapi selidik punya selidik, ada yang bagi tahu Joyah kesahihan cerita mengenai awek bertuah itu.
“Tidak lain tidak bukan Joyah, orangnya ialah Ikin. Memang mereka sudah beralih ke fasa percintaan,” bagi tahu rakan berkenaan.
Alah, Ikin yang pernah bikin kecoh dengan isu cek RM5,000 sebulan yang diberikan oleh Mawi tu. Itulah orangnya yang dapat menambat hati Mawi sekarang ni.
Jadi betullah ramalan Joyah dan kawan-kawan sebelum ini yang mereka memang bercinta. Bahkan Joyah diberitahu Mawi sendiri meminta agar Ikin hadkan penglibatannya dalam bidang seni supaya tidak terus dijadikan bahan gosip. Biar saja dia seorang yang ke depan, Ikin duduk diam-diam saja.
Patutlah akhir-akhir ini Joyah tengok jarang benar Ikin turun ke majlis hiburan. Hendak dihubungi pun punyalah payah, sebab ada yang melarang rupanya ya.
Apa pun Joyah harap semua orang bersetuju dengan pilihan Mawi ini. Kalau ada peminat yang hendak marah atau mengamuk tak tentu pasal sebab Mawi pilih Ikin, fikirkanlah semula. Biarlah Mawi menentukan masa depannya sendiri.
Dengan siapa dia hendak berkawan dan bercinta, terpulanglah kepada dia. Dia yang akan menanggung segala-galanya, bukan anda semua. Jadi, tak ada sebab untuk anda marah-marah tak tentu pasal ya.

No comments: