RASUAH vs NAIK GAJI
Assalamualaikum..
Pekabo seme....huhuh kepada staf gomen....start bulan julai nih...bermula lah gaji baru....dah 15 tahun...baru le gred gaji nih di kaji...huhuh lama tu....anak dah tingkatan 3 tu...uhuhuh.. apa² TQ...terima kasih...dan al-hamdulillah...... tp yg rasa terkilan sikit tu..harga barang tetap juga naik seiring dengan gaji....tapi kenaikan harga barang nih..lebih hebat naiknye.....kerap sgt naik..... dan yg teruk tu barang keperluan..... patutnye barang keperluan nih ....dipantau le kerap sikit.....
Apa tujuan naik gaji nih?.... tuntut tak dari cuepac?....sbb dah lama sgt tak di kaji?...sbb nak pilihanraya?.... sbb nak elakan rasuah...?...huhuhuhu.....kononnye dengan kenaikan gaji ini...maka rasuah dapat di elakan?...rasuah dapat di benteras?....betul ke?....adakah dengan kenaikan gaji, rasuah akan dapat di benters@di elakan?... pernah tak kita terbaca atau terdengar.....”anjing...kalau dah tabiatnye makan najis....walaupun najis tak de....dia tetap juga akan cari najis tu?....
Kita tengak difinasi rasuah atau suapan........
a) wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
g) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;
( ini aku dapat dari http://www.bpr.gov.my/cda/m_perundangan/c_takrif.php laman web BPR sendiri...bukan aku reka cipta tau.....)...
Secara logiknye...memang rasuah ini berlaku kepada penjawat awam yg bergaji kecil.....sbb orang akan nampak... RASUAH ialah PEMBERIAN DUIT semata²...... tapi jika kita perhatikan dalam difinasi kat atas tu.....kita akan paham apa itu RASUAH.....
Tapi pada aku yg jahil ini..... rasuah tidak berlaku pada penjawat awam yg bergaji kecil...tetapi berlaku kepada penjawat awam yg MEMPUNYAI KUASA KEATAS SESUATU.....maksudnye rasuah ini akan ditujukan kepada orang yg mempunyai kuasa dalam urusan tersebut... samada blh meluluskan projek....blh memotong que.... blh mendatangkan keuntungan kepada si pemberi rasuah...... tak kira le gaji dia kecil atau besar.....gaji rendah atau tinggi..yg paling utama ialah... ORANG YG MEMPUNYAI KUASA..( bukan kuasa ultraman @ gaban tu....)
Ada ke orang nak rasuahkan tukang kebun sekolah?.....ada ke orang nak rasuah pekebun kecil?...ada ke orang nak rasuah pesawah?..mereka bergaji kecil...tapi mereka tidak ada kuasa.....
Pernah dengar orang PBT ambil rasuah?...pernah dengar anggota polis ambil rasuah?...pernah dengar penagarah sesebuah syarikat memberi@mengambil rasuah?...... mereka bergaji besar..tapi ambil juga rasuah... So..bukan gaji yg menjadi punca...tetapi KEKUASAAN YG DIMILIKI OLEH SESEORANG ITU..... so tiada relevan kenaikan gaji bertujuan utk menhapus@menyekat@mengurangkan rasuah...
Kalau seorang pegawai yg gajinye RM4000.00 .....sblm naik gaji.....pegawai ini akan di tawarkan rasuah sebulan gaji...tapi bila dah naik gaji.....si pemberi rasuah pula menawarkan rasuah 1½ bulan gaji...sebab setara dengan kenaikan gaji......
Rata² mengatakan orang yg bergaji rendah...orang yg tak cukup duit menerima rasuah....tapi hakikatnye sebaliknye.....semakin besar pangkat yg ada...semakin tinggi gaji yg dapat....semakin seronok le menerima rasuah......
Masa taklimat PIN ( Pelan Integriti Negara...)..ada kawan aku buat lawak.....
Badge yg ada tulis SAYA ANTI RASUAH tu...depa dok tukar... SAYA NANTI RASUAH...... sampai gitu sekali....
So seme tu pendapat aku yg jahil...aku hanya meluahkan perasaan yg sememangnye orang tak akan ambil tahu pun dengan masalah nih... kata mereka ...rasuah nih halal kalau dapat....haram kalau tak dapat....so hanya ALLAH je yg tahu....
“Ya ALLAH jauhi lah gejala rasuah ini dari aku...dari keluargaku...dari keturunan ku....dari sudara seagama ku....”..
No comments:
Post a Comment