Reza Pondan?
KISAH yang cuba CAK sampaikan ini, lebih kurang sama dengan apa yang telah
CAK kongsikan minggu lalu. Kalau minggu lalu kisah
selebriti wanita yang 'lupa diri' akibat minuman alkohol ketika bercuti di
luar negara sehingga rela skirt yang dipakainya diselak oleh teman-teman.
<>
Sama juga dengan selebriti lelaki yang membuat perangai juga ketika bercuti
di luar Malaysia. Mungkin warna sebenar mereka lebih kelihatan
di luar berbanding di negara sendiri yang terpaksa mereka sembunyikan di
sebalik sifat hipokrit. Selebriti lelaki ini popular juga tetapi tidaklah
sepopular selebriti wanita minggu lalu. Bagaimanapun, CAK difahamkan mereka
adalah rakan baik, malah sama-sama terbang bercuti selain ditemani
rakan-rakan yang lain.
Lokasinya memanglah luar negara tetapi lebih spesifik, kejadian itu berlaku
di dalam sebuah pub. Kalau disebut di dalam pub, banyak
negatif yang berlegar di ruang kepala. Macam-macam yang tak elok mungkin
boleh dilakukan termasuk belang perangai sebenar selebriti
lelaki yang CAK maksudkan ini. Bukan saja dihidangkan dengan minuman keras,
selebriti lelaki yang juga penyanyi suam-suam kuku ini bertindak di luar
kawalan apabila mengenakan baju wanita untuk melaram malam itu. Bukannya
ada pertandingan baju wanita atau kod baju wanita untuk masuk pun!
Mungkin ini boleh dikatakan kreativiti selebriti terbabit yang cuba mencari
perhatian. CAK tidak mahulah cerita yang dia pakai skirt macam
selebriti wanita itu tetapi senang kata, dia memang pakai baju perempuan.
Tak cukup dengan baju feminin, dia tambahkan lagi dengan
solekan dan aksesori. Penampilan itu melengkapkan lagi imej kewanitaannya.
Tidak tahulah apa yang ada di kepalanya ketika itu, sama ada dipaksa oleh
teman atau atas naluri sendiri.
Pendek cerita, macam dia nak jadi 'Women at the Nite'. Cantik? Kata sumber
CAK, tak cantik pun! Mana nak cantik, kalau dah rangka badan jantan
tiba-tiba sarungkan baju perempuan. Anda bayangkan sendiri! Mulanya
terfikir mungkin dia buat sekadar suka-suka tetapi apabila tindakannya
lebih daripada penampilan 'cantik', mulalah sumber CAK itu berasa geli.
Bukan geli hati nak ketawa tetapi tingkah lakunya menggelikan terutama
apabila dia yang menganggap dirinya wanita turut menggoda lelaki yang
berada di sana dan menciumnya.
Mungkin menganggap dirinya wanita ketika itu, habis semua lelaki mahu
digodanya. Jika di negara kita, tidak pernah pula dia dilihat
berpakaian begitu. Mungkin menganggap tidak ada mata memandang di sana, dia
sedikit bebas melakukan apa saja. Bukan CAK mahu membuka pekung di dadanya
tetapi sebaik-baiknya, janganlah perangai seperti itu di tonjolkan sehingga
cerita buruk dibawa pulang ke negara sendiri. Tidak malu ke jikalau ia
menjadi perbualan orang ramai.
No comments:
Post a Comment