Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: X-Fresh FM bakal ditutup?

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






31 July 2007

X-Fresh FM bakal ditutup?

DALAM orang hangat bercerita mengenai perubahan di radio Era, ada berita kurang menyenangkan sampai ke telinga SS membabitkan satu lagi stesen yang bernaung dibawah pengurusan Airtime Management Programming (AMP) milik Astro, X-Fresh.

Sejauh mana benar cerita yang disampaikan kepada SS ini tidak pula dapat disahkan kerana ia diberitahu pihak ketiga yang hanya mendengar 'cakap-cakap' di kalangan kakitangan AMP itu sendiri.

Kata mereka, stesen yang mensasarkan pendengar muda lingkungan usia 12 hingga 30 tahun itu akan ditutup tahun depan jika jumlah pendengarnya masih tidak menunjukkan peningkatan.

Sedih apabila SS mendengarkan berita ini, memandangkan X-Fresh menjadi satu-satunya stesen radio yang memperjuangkan lagu-lagu tempatan.

Ia turut menjadi saluran bakat muda terutama mereka yang bergerak secara sendirian (indie) untuk mengetengahkan lagu yang dicipta.

Menurut pihak ketiga itu lagi, pengurusan AMP mahu menutup operasi X-Fresh dengan alasan ia tidak memberi impak, lebih-lebih lagi apabila jumlah pendengarnya semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Pada pandangan SS, X-Fresh tidak perlu ditutup sebaliknya mereka harus menggiatkan lagi promosi sepanjang tahun ini. Khabarnya X-Fresh turut mempunyai barisan penyampai baru bagi memantapkan corak persembahan.

Pengalaman dimiliki Khiril Rashid yang sebelum ini cukup popular namanya di Era, boleh digunakan sebaik mungkin.

SS kenal beberapa penyampai X-Fresh yang berbakat seperti Burn dan Adi Fashla. Mereka kreatif tetapi sayang pihak AMP tidak pernah mempromosikan mereka ini sebagai mana mereka mempopularkan penyampai Era.

No comments: