Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Harimau Putih

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






04 August 2007

Harimau Putih

Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" border="0">

Pada tahun 1951 seekor harimau putih yatim telah ditangkap oleh Maharaja Rewa di India. Harimau jantan ini bukannya putih disebabkan albino (yang mempunyai mata pink), tetapi merupakan harimau yang mempunyai bulu putih. Ini adalah disebabkan mutasi gen alleles yang bertanggungjawab menghasilkan warna kulit.

Harimau Bengal yang mempunyai dua gen alleles atau satu normal dan satu allele putih mempunyai warna kuning bata. Hanya dua gen alleles mutasi akan menghasilkan harimau putih. Harimau putih pada kebiasaannya mempunyai bulu perang, hidung bewarna merah jambu, dan mata biru yang terdapat dalam beberapa variasi.

Sepanjang 100 tahun hanya lebih kurang sedozen harimau putih dilapurkan di India dan hanya untuk sub-spesies Bengal membuktikan mutasi ini berlaku satu bagi setiap 10,000 kelahiran di hutan.

Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 70-65 juta tahun dahulu semasa zaman dinosour di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats"). Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)

No comments: