Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Lagu Rap Menghina Lagu Negaraku? National Anthem Negaraku in Rap Music? (Negarakuku)

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






07 August 2007

Lagu Rap Menghina Lagu Negaraku? National Anthem Negaraku in Rap Music? (Negarakuku)

Check this out…Produced by someguy in Taiwan has been said to be disrespectful to our national anthem. I couldn’t understand chinese thus can’t comment anything but here goes:

Berita pasal ni aku dapat kat metro pagi tadi dan tertarik nak bincangkan kat sini..
so, bagi aku, walaupun apa yang cina ni buat adalah salah dari segi undang2, tapi aku suka seh lagu dia ni. walaupun simple, tapi sedap gak ler didengar.hehehe

tapi aku cuma tak setuju berkenaan dia sentuh pasal orang melayu dan islam. selain tu aku ok jek. kalau nak bising pasal lagu negaraku diubah aku tak leh cakap apa le. tu hak kerajaan. tapi dari segi isu rasuah, polis, kerajaan dan sebagainya, aku rasa ada betulnya jugak apa yang cina tu nyanyikan. sebab kerajaan, polis dan rasuah dan macam bisul dan nanah. tak dapat dipisahkan.

tapi ini pendapat aku je lah. yang lain lain yang bersemangat patriotik untuk negara dan bangsa, aku mintak mahap. so sesapa nak komen di persilakan.

NEGARAKU FROM TAIWAN IN RAP MUSIC- CALLED NEGARAKUKU!

KALAU KECEWA, MACAM-MACAM BOLEH JADI.

——————————————————————-

(Repeat) Check it out, yo, yo, yo.

(Repeat) Negaraku, Negarakuku.

Saya suka negara saya,
hanya apabila anda memiliki negara dan sebuah rumah
Hanya dengan sebuah rumah maka akan terdapat saya, berdiri di sini dengan anda
Dengan kuat nyanyian, jangan takut
Walaupun saya mengutuk sepanjang masa
Lagu saya, adalah seperti durian
Untuk melihat jika anda berani membuka nya, memandang pada sudut yang benar
Ia boleh menjadi terlalu busuk, ia boleh menjadi sangat wangi
Ia hanyalah bergantung jenis apa lubang hidung anda.

Polis kita dipanggil MATA
Kerana mereka ada mata sangat berkilat
Sekali dalam Tahun Baru, mereka akan bekerja keras
Memegang pen tetapi mereka seolah menulis sekeping resit
Kerana mereka adalah dahaga, mereka perlu untuk minum teh.
Juga kopi-O, mahu tambah gula?
Jika mereka tambah gula, mulut mereka akan tersenyum menawan
Apabila anda pergi
Sehingga Mereka boleh ucapkan “Tata.”

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju.

Fenomena ini, tidak memerlukan sebarang peningkatan
Mahupun boleh ia perlu diperbaiki, polis dan rakyat kerja bersama-sama
Satu cawan kopi meneruskan hubungan kita sederhana
Saya juga amat suka
Sekurang-kurangnya saya tidak akan pulang rumah dan menerima saman
Ayah saya akan pasti menjadi mabuk
Saya akan kena kiong (dalam Cantonese untuk “dirogol”), dengan tiada kereta untuk dipandu
Apa hendak dibuat, masa ini keadaan paling kao lat (satu ungkapan seperti aiyo)
Dengan tiada kereta, bagaimana boleh saya melancarkan “perang liar”?
Dengan tiada kereta, bagaimana boleh saya pergi dan menonton ah kua? (pondan)
Negara ini, saya amat suka.

Ketika jam 5 pagi
Ada juga panggilan untuk kejut aku bangun Kadangkala sebilangan daripada mereka akan menyanyi bersama
Apabila anda mendengar ia, ia seperti duet cinta
Suara ululates seperti lagu R&B
Walaupun kadangkala mereka menyanyi hingga keluar dari note
(………………..dipotong…………………………………………………………………………………………………..) (……………dipotong……………….) kecuali tetapi mereka bangun lebih awal daripada mereka
Cara ini kita boleh tahu masa untuk bersiap untuk kekelas atau kerja
Jangan disalahkan, kerajaan hanya mengambil ambil berat semua

Jangan salahkan, kita jangan
Cara ini sahaja kita boleh membuktikan bahawa bangsa China kita tidak takut kerja kuat
Cara ini sahaja kita boleh latih diri kita sendiri untuk mencari satu penyelesaian tika sukar
Tidak merasa aneh tentang norma-norma mereka
Kerana pertunjukan ini hanya untuk tunjuk yang kita bijak (atau berkemampuan)
Kanak-kanak yang tidak rosak tidak akan menjadi beban
Kerana kamu melihat sesetengah bayi masih tidak bercerai susu

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.

Orang yang menyembunyikan dalam jabatan kerajaan adalah lebih baik (malah lebih berkemampuan)
Mereka boleh melakukan semuanya dengan perlahan
Sedangkan apabila ada orang berbaris, sehingga mengeluarkan bau hapak
Mereka sentiasa gembira dan tidak tergugat
Kadangkala mereka mengeluarkan juga kuih muih (milik mereka)

Mereka makan kuih nyonya mereka
Lebih ramai orang akan terus beratur
Walaupun apabila anda mengeluarkan bau hapak, ia tidak jadi masalah
Kerana pengawal di tepi sedang bermimpi
Dan dia tidak akan memarahi kamu lah.

Mereka ……………………………); berjalan perlahan dan melintas jalan perlahan-lahan
Apabila anda melalui di dalam kereta itu anda juga perlu membiarkan mereka lalu dahulu
Perkara paling anda hidup gembira; perkara paling penting adalah untuk hidup selesa
Jangan jadi seperti Cina
Sibuk seharian, terlalu sukar
Kita sebenarnya tidak boleh TIDAK mengagumi semangat ini

Kerana ini adalah kehidupan mereka.

(Attitude, attitude)

Saya bicarakan perkara baik dalam lagu ini
Saya percaya, anda yang tidak suka padaku akan sekarang menjadi suka
Dunia ini aman, dan penuh dengan harapan
Tiada siapa adalah cedera, di sana tiada rusuhan
Anda begitu bergaya, anda sangat anggun
Najis anda adalah wangi, dan anda tidak mengutuk
Anda semua adalah kelas atasan, setiap hari adalah untuk bermesra

Mendengar Guang Pin Liang Guan (artis Cina tempatan ini)
Tetapi dia sudah lari ke Taiwan
Siswazah pelajar-pelajar sekolah swasta
Ia terlalu sukar diterima masuk ke dalam universiti-universiti tempatan
Kecuali kita jangan terbabit dalam isu ini
Sebenarnya inilah satu rancangan yang paling mulia oleh kerajaan
Mereka mahu kami untuk meneroka dunia, utk cari peluang-peluang baru untuk diri kita
Mempelajari perkara perkara dan pulang dan tebus kepada negara
Ini adalah rancangan teramat baik, saya tidak boleh berbantah tentang itu
Di seluruh dunia anda dapat melihat anak Malaysia
Mereka seperti pelarian, kerana ianya syok

2007, Malaysia meraikan Tahun Melawat Malaysia
Budaya Cina akan dipertunjukkan dan diarak
Kerajaan tidak ambil hal dengan pelajar-pelajar sekolah swasta
Sijil akan dicampak ke dalam longkang (parit), seperti saya

Menamatkan pengajian dan pergi ke Taiwan
Tentang banyak perkara, dan bersedia untuk pulang menebus negara saya
Saya berdiri di jalan-jalan Taipei dengan gitar saya
Tapi mulut saya masih menyanyi.

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita Selamat bertakhta.


hangat...hangat...hangat...
takut aku nak komen...

tp dari segi lagu n melodi aku rase mmg bestla...
care dia nyanyi lagu negaraku tu pn jd sedap...
tu pendapat aku la..

dari segi isi tu mmg tak patutla dia sentuh pasal agama, perkauman n perpaduan...
bab dia sentu psl korupsi ker...apape yg tak betul tu ok la kalo dia nak tibai...tp jgn la sentuh bab sensitif yg lain...

apapepn sempena kemerdekaan yg ke 50 ni aku ucapkan selamat hari merdeka...
majukanlah agama, bangsa dan negara kita...
bangunlah dari tidur...sedarlah dari mimpi...banyakkan bertindak dari bercakap...
jagalah budaya, jagalah maruah bangsa dan agama..jgn sampai dipijak oleh bangsa asing....

ape aku nak cakap kat sini sbnrnye cume, keje rajin2 jd kaye lebih dr bangsa lain dan pandai2la cover kalo buat dosa,buat jahat,buat salah...bangga dgn kejayaan dan kebaikan bukan dgn keburukan...

ain ok..bab dia sentuh psl agama tu jer yg aku marah..sensitif tu...
perasan tak skg ni Islam dan Melayu skg ni dah jadi mcm 2 benda yg berbeza...mgkin terpaksa dibezakan sbb sikap segelintir org melayu sendiri yg buat malu...sorry...






ni kesinambungan dari video clip td...
aku dah agak dah..
mamat cina ni buat keje macam ni mesti ada sebabnya. so nak 100% marahkan dia pun tak guna gak..
pas aku tgk klip kat atas ni baru aku sedar kenapa dia bertindak macam tu..

bagi aku benda macam ni biasak ler. sebagai sebuah negara demokrasi kerajaan patut bagi rakyatnya kebebasan bersuara. jangan le nak sekat sekat coz now biarlah rakyat yang tegur kalau pemimpin buat tak betul daripada pemimpin kena tegur dengan munkar dan nangkir kat dalam kubur nanti lagi sakit..

dulu cara luahan perasaan macam ni dah pun digunakan oleh sasterawan negara shahnon ahmad dalam novel SHIT. jadi aku rasa, kerajaan patut bukak mata dengan semua benda ni.

mamat cina ni aku rasa ada masalah dengan kerajaan dan birokrasinya - macam yang dia cakap, dia tak dapat masuk universiti kat malaysia. kenapa? tak siapa yang tau. so dengan cara macam ni saja dia leh bagitau semua orang.

pasal dia hina melayu, aku rasa dia ada masalah dengan sorang dua melayu, sebab tulah dia bantai semua melayu. yang tu aku tak leh cakap apa sebab aku pun dok bantai jugak cina walaupun bukan secara terang terangan. sebab cina ni banyak menipu dalam perniagaan. benda ni aku selalu kena tapi tak payahlah panjang lebarkan. kita kan masyarakat majmuk.

cuma aku harap kerajaan bukak sket mata dan jangan ingat semua orang suka apa yang mereka buat. aku tak sokong mamat cina ni. tapi aku sukakan cara dia memberontak dan berani berdepan dengan tindakan undang undang. aku rasa mamat cina ni paling busuk pun akan dihantar ke paya kemunting, masuk ISA kalau dia balik ke malaysia.

ok lah tu. at least dia dah glamour tak pepasal dalam youtube.haha..



ni lagi satu

1 comment:

Anonymous said...

Bagai pepatah Melayu, "Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedasnya"