Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






09 August 2007

One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV

Who Wants to Win One Million Ringgit? Siapa mahu jadi jutawan? Haha… semua orang mahu jadi jutawan, kan? Soalnya di sini, berbakatkah anda sehingga anda berbaloi diberi hadiah sejuta? Ingat lagi satu program realiti TV, One In A Million di 8TV yang pernah bersiaran 21 Julai 2006 yang lalu? Faizal Tahir yang sepatutnya jadi juara akhirnya kecundang di tangan Suki. Ingat lagi? Cuma Budiey rasa hairan mana pergi Suki sekarang ni, tak dengar berita apa pun. Dah dapat duit sejuta takkan takde apa-apa. Ya! Program mencari bakat bernilai sejuta ringgit itu akan kembali menggali dan mencari bakat nyanyian dan vokal hebat dari peserta yang tidak terbatas untuk orang biasa sahaja. Selebriti pun boleh join. Dayang Nurfaizah dan Siti Saerah pernah masuk, tapi kalah. Kali ini siapa pula selebriti yang akan join? Ha, saya pun tak tahu sape.

The image “http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/8/8b/Oneinamillion.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Petang tadi (jam 3 petang, 8 Ogos), satu sidang media pelancaran rancangan terbitan 8TV ini telah dibuat di Westside Room 1, Boulevard Hotel, Mid Valley. Dihadiri oleh para media dan selebriti yang pernah menyertai One In A Million. Program hiburan ini masih mengekalkan konsep yang sama dengan musim pertama. Ujibakat akan diadakan tidak lama lagi.

Siapakah juri pada musim terbaru ini? Adakah mengekalkan juri yang sama? Bagaimana pula dengan hosnya? Masih dengan Awal Ashaari & Marion Caunter, hos Quickie? Mmm… segalanya akan dikemaskini nanti. Jadi, tungguuuu….


Langgan Fuiyoh! melalui HP anda(PERCUMA) Taip GS11527 Hantar ke 28700

No comments: