Afghanistan Lebih Maju?
Laman yang memuatkan koleksi astronout yang ada antara mereka sudah 4 kali terbang ke angkasa.Namun yang lebih menarik hati penulis adalah biografi astronaut di bawah ini.
Abdul Ahad Mohmand
Abdul Ahad Mohmand adalah rakyat Afghanistan yang pertama dilepas ke angkasa.Jika tidak kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakan senegaranya,Mohammad Dauran Ghulam Masum,maka sudah pasti Afghanistan akan mempunyai 2 angkasawan merereka sendiri.Juruterbang tentera yang kini berusia 48 tahun ituberlepas ke angkasa dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia,Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov.Beliau selamat tiba di bumi pada 6 September 1988;menjadikan ekspedisinya berjalan selama hampir 9 hari.
Cerita keseluruhan pengembaraan mereka boleh dibaca di laman web First Afghan Astronaut.Sementara biografi koleksi astronaut,cosmonaut dan adik beradiknya boleh didapati di laman ini.Sungguh jika benar kita sudah sebaris dengan negara maju dengan 'terbangnya' Syeikh Muszaphar ke ISS,maka bagaimana pula dengan negara Afghanistan?Boleh kita katakan Afghanistan 19 tahun lebih maju daripada kita?
Credit and isuhangat
No comments:
Post a Comment