Nasib singapura dan indoneseia di tangan Malaysia
Senario
1)Malaysia vs singapura
Singapura akan tewas dan ditakluk dalam masa seminggu sahaja kerana pada peringkat awal peperangan lagi kesemua landasan yang diperlukan pesawat tempur mereka untuk berlepas dan mendarat akan dimusnahkan dengan bedilan bertubi-tubi roket astro Malaysia.
TUDM pula sentiasa boleh beroperasi sepanjang peperangan dan ini memudahkan tentera darat kita menawan seluruh republik singapura.
2)Malaysia vs indonesia
Jet-jet pejuang F-18D, Su-30MKM dan MiG-29 TUDM akan memastikan Malaysia menguasai ruang udara indonesia dan memudahkan tentera darat kita menguasai Kalimantan, Sumatera, Pulau Natuna dan Irian Jaya dalam masa beberapa minggu; sementara itu TLDM tidak akan menghadapi sebarang masalah memintas bantuan yang cuba dihantar dari jawa ke wilayah-wilayah lain di Indonesia yang diserang tentera Malaysia.
Maka dari hujah saya di atas tak perlulah saya sebutkan negara mana yang paling perkasa di Asia Tenggara.
PEACE !!!!
7 comments:
jangan wat lawak la...xyah nak dabik dada...wat kecoh je nanti..
memang you ada hak nak cakap apa aje kat blog you ni...
tapi hal ni kan, langsung tak relevan. in fact, i think it's full of boastfulness, a trait of Malaysians. pity..
just continue posting about scantily-dressed muslim women and sorts.
we don't need war between us in Nusantara. we don't even need scenarios for war.
aku sokong post yang kat atas ni 100%
dont be proud on what u dunno...sukhoi yg diorder pn baper bijik je yg da smpi..pilot pn x train lg dah pk nk perang..bodoh..bangang...childish thought...im so ashamed there's malaysian like u..
Artikel Menggusarkan Tahap Pertahanan Negara
Berikut satu rencana dari Utusan Malaysia yang amat menggusarkan akan tahap pertahanan negara kita Malaysia, sempena sambutan ke 50 tahun kemerdekaan, walaupun berbillion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli jet pejuang, kapal selam, kereta kebal.
*********************************************
Contohi pertahanan Singapura - Oleh Azmi Hassan - Utusan Malaysia 12 Julai 2007
DALAM hal ehwal pembentukan dasar dan arah tuju pertahanan di kalangan negara anggota ASEAN, Singapura dikatakan mempunyai perancangan yang begitu menarik dan tersusun.
Begitu menarik sekali untuk mengkaji ketertiban pihak bertanggungjawab Singapura mengatur strategi pertahanan mereka. Paling menarik ialah mengenai penubuhan skuadron helikopter penggempur Apache Longbow (AH-64D) yang mengambil masa hampir satu dekad lamanya.
Kejayaan Singapura dianggap sebagai satu lakaran dalam sejarah pertahanan dunia kerana kejayaan mewujudkan pangkalan di luar Amerika Syarikat, Israel dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Skuadron 120 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengendalikan 20 helikopter penggempur serba canggih ini dan menjadikan pangkalan udara Sembawang sebagai pusat operasi mereka.
Memang benar keakraban Singapura dan AS telah memainkan peranan utama dalam menjayakan realisasi itu. Tetapi kesungguhan dan ketelitian Singapura, terutama sekali seperti yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Singapura (SAF), sebenarnya telah menjamin cita-cita mereka dapat dicapai.
Satu lagi perkara yang agak menarik mengenai perancangan strategi SAF ialah bagaimana negara tersebut telah berjaya menubuhkan Pusat Kawalan Kapal Terbang Tanpa Pemandu (UAV) baru-baru ini. Pusat kawalan adalah penting kerana ia dianggap sebagai nadi sesebuah organisasi tentera
kerana kebanyakan keputusan semasa konflik adalah berpunca dari sini.
Kewujudan pusat kawalan dianggap sebagai lumrah dalam sistem pertahanan sesebuah negara kerana ia merupakan satu keperluan asas. Sebab itu penubuhan Pusat Kawalan Pertahanan dan Operasi Udara (ADOC) RSAF pada Januari lepas dianggap satu perkara biasa.
Tetapi pengumuman yang dibuat pada bulan Mei lalu mengenai penubuhan pusat kawalan khas untuk UAV dianggap sebagai satu perkara yang agak luar biasa kerana tidak banyak negara yang memiliki kepakaran dan teknologi UAV.
Lebih menarik lagi ialah pengumuman penubuhan pusat kawalan UAV Singapura dilakukan dua minggu selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan demonstrasi penerbangan sulung UAV tempatan di Lapangan Terbang Batu
Berendam, Melaka pada 15 Mei 2007.
Jika Malaysia dikatakan baru mula mahu berjinak dengan pembangunan UAV, Singapura dikatakan telah melaksanakan strategi pembangunan UAV semenjak tahun 1970-an lagi melalui agensi penyelidikan seperti Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Organisasi Sains Pertahanan (DSO).
Penyelidikan dan pembangunan UAV Singapura dikatakan menarik kerana strategi yang diatur begitu tertib sekali bermula dengan pembangunan kapal terbang kawalan jauh (RPV) pada awal tahun 1970-an. Pada pertengahan 1980-an RSAF mula menggunakan UAV jenis Scout sehinggalah ia digantikan dengan UAV lebih canggih Searcher pada awal 1990-an. Begitu ke hadapannya penyelidikan UAV Singapura, diberitakan Searcher pula akan digantikan dengan UAV yang lebih canggih Hermes-450.
SAF banyak menggunakan UAV kerana ia merupakan tunjang utama transformasi 3G (Generasi Ketiga) angkatan tentera mereka. RSAF 3G umpamanya menekankan keupayaan pertahanan udara paling canggih dan sudah semestinya UAV bakal memainkan peranan utama.
Eksesais Wallaby 2006 iaitu latihan ketenteraan SAF terbesar yang telah diadakan di Shoalwater Bay Training Area, Australia menyaksikan penggunaan UAV secara meluas bersama-sama dengan jet pejuang F16 dan helikopter penggempur Apache. Latihan yang melibatkan hampir 4,000
anggota tentera SAF antara lain menguji kemampuan UAV Searcher beroperasi dalam teater peperangan seperti yang terdapat dalam Eksesais Wallaby.
Strategi
Sememangnya begitu menarik melihat perjalanan perkembangan strategi pertahanan SAF kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang telah diamalkan oleh Singapura, sama ada secara tersurat atau tersirat.
Kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh penggubal dasar pertahanan Singapura dalam melaksanakan sesuatu strategi pertahanan sepatutnya menjadi teladan kepada semua pihak. Peranan dan sumbangan yang telah dimainkan oleh DSO dan DSTA dalam meningkatkan penyelidikan sains pertahanan Singapura mempamerkan satu strategi yang mantap.
Apabila SAF menyatakan hasrat untuk menubuhkan skuadron helikopter penggempur sedekad yang lepas, ramai penganalisis mengetepikan hajat tersebut sebagai impian semata-mata yang tidak mungkin dapat dicapai. Tetapi hari ini RSAF telah pun mempunyai satu skuadron helikopter
penggempur paling hebat iaitu Apache Longbow.
Begitu juga apabila SAF mula berjinak-jinak dengan pembangunan UAV hampir 40 tahun lepas, ramai yang tidak ambil kisah kerana pada ketika itu peranan UAV masih samar-samar lagi. Tetapi hari ini mereka mempunyai UAV Hermes-450 yang sama hebat dengan UAV kepunyaan AS seperti Predator dan Global Hawk.
Pembangunan pusat kawalan UAV RSAF menjadi lebih menarik kerana terdapat desas-desus yang menyatakan AS akan mendirikan sebuah pangkalan UAV di salah sebuah negara di Asia Tenggara.
Berita terkini mengenai penubuhan pusat kawalan UAV RSAF nampak gayanya mengesahkan bahawa calon sebenar pangkalan tersebut bukannya Malaysia atau Indonesia.
* AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antara-
bangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
LAPORAN ASAL DI SINI-
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Adakah pertahanan udara negara begitu rapuh ?
Beberapa kemalangan yang menimpa pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mutakhir ini menggusarkan rakyat Malaysia apakah sistem pertahanan negara kita rapuh serta mempertaruhkan nyawa anggota TUDM khususnya dan rakyat pada amnya.
Buat masa ini TUDM mempunyai 14 pesawat pejuang MiG-29N, 2 pesawat pejuang MiG29NUB, 8 pesawat pejuang F/A-18D Hornet, 7 pesawat pejuang Aermacchi MB-339A, 16 pesawat pejuang Hawk 208, 6 pesawat pejuang Hawk 108, 2 pesawat pejuang RF-5E Tigereye, 3 pesawat pejuang F-5F dan 10 pesawat pejuang F5E Tiger II.
TUDM juga mempunyai 17 pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi. TUDM juga akan menerima 18 pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM dalam masa terdekat ini secara berperingkat.
Sementara itu TUDM dalam kategori pesawat pengangkut pula mempunyai 8 pesawat Hercules C-130-30 , 2 pesawat Hercules C-130, 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H, 8 pesawat komunikasi Cessna 402B, 8 pesawat CN235-220M, 2 pesawat VIP CN235-220M, 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ, 1 pesawat VIP Bombardier Global Express, 1 pesawat VIP
Bombardier CRJ-700 Regional Jet, 1 pesawat VIP Dassault FALCON 900B dan 1 pesawat VIP F28-100.
Sementara itu TUDM telah menempah 4 pesawat pengangkut Airbus Military A400M.
Dalam bidang maritim pula TUDM memilikki 4 pesawat Beechcraft Super Kingair B200T MPA dan 2 pesawat Lockheed Hercules PC-130H.
Untuk kategori helikopter pula TUDM mempunyai 28 buah helikopter serbaguna Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter komunikasi Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter VIP Agusta Sikorsky A56-N1, 1 buah helikopter VIP Agusta A-109C dan 2 buah helikopter VIP Sikorsky S-70 Black Hawk. TUDM juga akan menerima 10 buah helikopter buatan Rusia Mi-171SH untuk tujuan mencari dan menyelamat.
Dalam kategori pesawat pelatih pula TUDM mempunyai 36 pesawat Pilatus PC-7, 8 pesawat Pilatus PC-7MkII, 20 pesawat MD3-160 Aerotiga dan 3 pesawat CTRM Eagle ARV.
Pesawat-pesawat TUDM ini ditempatkan di 8 buah pengkalan udara iaitu di Gong Kedak, Alor Setar, Butterworth, Kuantan, Subang, Sungai Besi, Kuching dan Labuan.
Dibandingkan pula dengan keupayaan Tentera Udara Republic Singapura (RSAF - Republic of Singapore Air Force) sebuah negara yang kerdil. RSAF mempunyai 26 pesawat pejuang F-16C Falcon, 36 pesawat pejuang F-16D Falcon, 36 pesawat pejuang F-5S Tiger 2, 9 pesawat pejuang F-5T Tiger 2 dan 8 pesawat pejuang RF-5S Tiger 2. Sementara itu RSAF menjangkakan akan menerima sebanyak 12 ke 20 buah pesawat pejuang tercanggih di dunia iaitu Boeing F-15SG pada tahun 2008 atau 2009.
Dalam kategori helikopter pula RSAF mempunyai 18 buah helikopter pengangkut berat Chinook CH-47SD, 22 buah helikopter pengangkut Super Puma AS 332M, 6 buah helikopter pengangkut Eurocopter AS 532UL Cougar, 20 helikopter tempur dan anti kereta kebal Apache Longbow AH-64D dan 6 helikopter anti kapal dan anti kapal selam Sikorsky ASW S-70B.
RSAF juga mempunyai 6 buah pesawat pengangkut berat Lockheed C-130H serta 4 buah pesawat VIP F50 UTL. Disamping itu RSAF memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari
jenis Boeing KC-135R dan memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Lockheed KC-130B.
Menariknya RSAF mempunyai pesawat pengawasan amaran AEWACS (Airborne Early Warning) sebanyak 4 buah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye. Serta 5 buah pesawat maritim dari jenis Fokker F50 ME2 yang dilengkapi dengan persenjataan Harpoon.
Dalam kategori pesawat pelatih pula RSAF menggunakan 27 pesawat pejuang Marchetti S.211, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk A-4SU, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk TA-4SU dan sekurang-kurangnya 5 buah helikopter Eurocopter EC120 dan AS 550U.
RSAF juga mempunyai beberapa pesawat pengintip tanpa juruterbang iaitu sebanyak 40 buah dari jenis IAI Searcher Mk2 dan beberapa buah lagi dari jenis IAI Malat Scout, ST Blue Horizon dan ST Firefly.
Pesawat-pesawat RSAF ini beroperasi di 6 buah pengkalan udara dalam negara Singapura iaitu di Changi (Barat), Changi (Timur), Paya Lebar, Sembawang, Tengah dan Kem Murai.
RSAF turut mempunyai beberapa pengkalan udara di luar Singapura iaitu Pengkalan Udara Pearce dan Oakey di Australia, Pengkalan Udara Cazaux di Perancis, Pengkalan Udara Luke, Cannon, Grand Prairie dan Silverbell di Amerika Syarikat. Pengkalan udara RSAF di luar negara ini menempatkan pesawat-pesawat dan anggota-anggota RSAF bagi tujuan latihan. RSAF juga
telah menghadiahkan beberapa pesawat pejuang F-16 kepada Royal Thai Air Force sebagai pertukaran, RSAF akan menggunakan Pengakalan Udara Udon Thani di Thailand selama beberapa hari setiap tahun untuk tujuan latihan.
Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Dalam masa akan datang RSAF dijangkakan akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.
Di atas kertas keupayaan RSAF jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kerdil tetapi kekuatan tentera udaranya membanyangkan bahawa negara tersebut adalah gergasi pertahanan udara di rantau ini.
Statistik di atas menunjukkan bahawa RSAF lebih tertumpu kepada operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut. Sementara TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat.
Apa yang menjadi tanda tanya di sini ialah mengapa TUDM mempunyai begitu banyak pesawat VIP iaitu 7 kapal terbang VIP dan 5 helikopter VIP, sedangkan RSAF hanya menggunakan 4 kapalterbang VIP dari jenis Fokker F50.
Adakah kerana Malaysia mempunyai begitu ramai ahli politik, ahli parlimen, menteri dan jeneral maka TUDM perlu menyediakan banyak pesawat VIP ?
Persoalan juga timbul akan nasib 17 buah pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi.
Begitu juga dengan bentuk mukabumi di Malaysia yang dikelilingi laut yang sudah pastinya memerlukan lebih banyak pesawat maritim, pesawat AEWACS serta pesawat tanpa juruterbang serta helikopter, TUDM hanya mempunyai jumlah pesawat yang kecil untuk tujuan ini jika dibandingkan dengan RSAF.
Ini baru dari sudut pertahanan udara, belum lagi di sentuh dari sudut pertahanan darat dan laut. Justeru itu Kementerian Pertahanan haruslah melaksanakan Dasar Pertahanan Negara yang dapat meyakinkan rakyat bahawa negara kita Malaysia mampu mempertahankan diri dari sebarang ancaman luar.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN
Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada anggota-anggota keselamatan kita yang telah gugurkan mempertahankan negara.
Sumber rujukan : Ensaiklopedia Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force
http://en.wikipedia.org/wiki/Republic_of_Singapore_Air_Force
UTUSAN MALAYSIA
Sekian, terima kasih.
RE: Artikel Menggusarkan Tahap Pertahanan Negara
"Berikut ialah rekod kemalangan helikopter Nuri dari beberapa sumber akhbar dan internet. Sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.
1969 Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban
1976 Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.
1980 Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.
1981 Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.
1981 Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.
1989 Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak border. 21 orang terkorban.
1989 Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.
1989 Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.
1996 Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang. 1997 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.
2004 Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.
2004 Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.
2006 Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka
2007: Anda pun tahu...
SUMBER :
http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-20615321_ITM
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.aspy=2006&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_09.htm&arc=hive
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0817&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive "
sistem keselamatan negara memang patut dinaik taraf jika ingin mengubahsuai dari gerila kepada konvensional.
jangan memandang singapura dari mata di tembok johor sahaja. mereka mempunyai pangkalan udara di australia yang sentiasa bersedia untuk misi jarak jauh. ingat lagi berita pembelian kc-10 tanker... untuk pengisian minyak pesawat penerbangan jarak jauh
Post a Comment