Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Suka Duka Aku Di Hospital

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






11 December 2008

Suka Duka Aku Di Hospital

Memangdangkan aku hampir selalu pergi ke hospital hari ini aku hendak menulis tentang perkara yang aku suka dan tidak suka tentang hospital.Dulu aku pernah menjalani pembedahan telinga,selepas pembedahan aku disuruh agar jumpa doktor di hospital setiap sebulan sekali.Kadang-kadang sebulan 2kali.Minggu depan aku akan menjalani pembedahan buat sekali lagi.Doakan aku ya kawan.Hospital telah mengubah hidup aku.Apabila aku berada di kawasan selain hospital dimana aku jarang lihat orang sakit dihospital aku akan lupa dan berasa kesal atas kehidupan aku sendiri,sebaliknya apabila aku berada di hospital,banyak orang diluar sana yang lebih teruk daripada aku.Macam-macam sakit yang aku temui dihospital.Sejak dari itulah aku menyesal dan ingat selalu kepada tuhan.Mungkin tuhan guna cara ini untuk mengingsafkan aku.

Okay berbalik kepada topik asal.Aku akan senaraikan perkara yang aku suka dan tidak suka tentang hosital.Mula-mula aku akan senaraikan perkara yang aku tidak suka tentang hospital.

PERKARA YANG AKU TIDAK SUKA TENTANG HOSPITAL
1.Aku takut disuntik tapi bukan jenis yang sampai nak menangis apabila disuntik.Aku sudah hampir 50kali disuntik.Tahun lepas banyak kali aku disuntik untuk periksa darah aku semasa aku terkena demam denggi.Aku cuma takut doktor atau jururawat tersalah masuk urat.Sakit sangat.

2.Aku tidak suka apabila aku masuk ke bilik mikroskop untuk periksa telinga.Memang sakit.Menurut doktor aku antara pesakit yang jarang ditemui.Maksud aku,selepas doktor periksa doktor aku menggunakan mesin mikroskop mata aku akan pusing dari kiri ke kanan secara berulang-ulang.Aku sudah lupa apa nama saintifik untuk kesan itu.Selepas diperiksa aku akan berasa pening buat sementara waktu

3.Aku tidak suka menunggu nombor giliran dengan lama di hospital.Memang lama kadang-kadang sampai berjam-jam.Ada pesakit yang mengamuk kerana tidak sabar menunggu.

4.Aku tidak suka apabila doktor baru(masih tengah belajar) periksa telinga aku.Aku tahu mereka mahu belajar,tetapi ramai sangat doktor muda mengelilingi aku,membuat aku rimas.

5.Aku tidak suka tidur di wad.Memang menyeksakan.Untuk 2hari boleh tahan selepas 2hari boleh jadi gila.

6.Aku tidak suka hospital kerana tahun ini aku perlu menjalani pembedahan sekali lagi.Aku terpaksa potong rambut pendek untuk memudahkan doktor melakukan pembedahan.Aku juga tidak suka rambut pendek.

PERKARA YANG AKU SUKA TENTANG HOSPITAL
1.Aku suka pergi ke hospital kerana dapat jumpa dengan orang,terutama yang sakit teruk.Membuat aku insaf dan sedar bukan aku sahaja yang sakit malah ada diluar sana lebih teruk daripada aku.

2.Aku suka pergi ke hospital keranadapat ubat percuma.Ya,UBAT PERCUMA.Aku ada surat sekolah.Semua kos adalah percuma.Tapi tahun depan aku tidak sekolah lagi kerana suda tamat tingkatan lima,surah universiti boleh ke?

Konklusinya,Lebih banyak perkara yang aku tidak suka perkara tentang hospital daripada perkara yang aku suka.Sekian

--------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin mendapatkan informasi/gosip/isu semasa terbaru anda boleh melanggan secara percuma

Klik disini untuk melanggan

Chat PANAS!

2 comments:

Anonymous said...

1. Selepas anda keluar dari hospital dan sembuh dari sakit anda, dan sekiranya anda ada rezeki untuk lalu di hospital tersebut, pandanglah kepada hospital tersebut dan rasalah syukur dan berterima kasih= kerana seburuk-buruk tempat itu, tempat dan orang2 di tempat itulah yang telah membantu anda untuk sembuh. selain dari itu, ucaplah alhamdulillah kerana semua kurniaan untuk anda adalah dari Allah semata-mata.

Anonymous said...

semoga lan cpt sembuh.. doakan yg terbaik utk lan.. ;p
take care.. ;o