Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Ujian belum tamat lagi buatku.

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






03 December 2008

Ujian belum tamat lagi buatku.

Semalam SPM telah pun tamat,tiada ujian minda buatku lagi.Malangnya aku perlu menghadapi ujian dari Allah.Aku terpaksa melalui ujian yang diberikan kepadaku.Pertengah bulan 12 nanti,aku akan dibedah.Jika kamu perhatikan aku.Aku sudah 1 kali melakukan pembedahan di telinga.Buat sekali lagi aku akan dibedah.Oh tuhan,aku hanya berserah padamu.Jika ini ujian buatku,hamba pasrah.

Teman-temanku gembira meraikan parti,malah aku sebaliknya.Sementara menunggu keputusan SPM,aku ingin mencari kerja sampingan,mungkin selepas penyakit aku pulih.Mungkin juga aku akan bekerja di sekolah anak-anak istimewa sebagai pembantu guru sekolah tersebut.

Setiap hari aku tunduk padamu ya tuhan.Aku memohon agar kau sembuhkan aku dari sebarang penyakit & aku berdoa akan kejayaanku,aku mahu menjadi manusia yang berguna buat keluargaku dan masyarakat.Tidak mahu digelar 'sampah masyarakat'

Dalam bulan ini,mungkin aku akan mendapat balik internet.Boleh kemaskinikan blog aku yang telah lama terbiar dimakan anai-anai.Sudah lama aku tidak 'lap habuk-habuk' dalam blog aku.Mungkin juga aku akan beli 'domain name' baru dan 'hosting' untuk blog ini.Nantikan kemunculan wajah baru blogku.

Walaupun aku sedih aku terpaksa menjalani pembedahan,tetapi ada satu perkara yang mengubat perasaan ku.Ibu bapaku akan menghadiahkanku sebuah kamera slr.Aku sudah banyak buat kajian tentang kamera.Tetapi tidak tahu mana satu yang patut aku beli.Nikon D60 atau Canon EOS 1000D.Kedua-duanya menghasilkan kualiti gambar yang cantik.Aku dengar lensa untuk Canon lebih murah berbanding lensa Nikon.Aku keliru.Kepada fotografer profesional sila nasihatkan aku.Aku bukan sahaja mahu menjadikan fotografi ini sebagai barang mainan mahal,tetapi aku mahu menjadikan ia sebagai satu kerjaya buatku.

Aku mahu menyambung pelajaranku di menara gading.Tetapi aku masih keliru mahu mengambil jurusan apa.Sama ada fotografi atau reka grafik.Ada cadangan?Adakah kerjaya sebagai fotografer dapat menjamin masa depan?Jika aku mendapat diploma dalam jurusan fotografi mudahkah aku memohon untuk cari pekerjaan?hmm
Mungkin aku akan membuka kedai sendiri dan mungkin juga aku akan berusaha mencari wang sebagai blogger separuh/sepenuh masa.

Selepas penyakit aku sembuh,aku akan mengambil lesen kereta.Yeay!Bolehku bawa teman2ku bersiar-siar.

Banyak perkara yang aku mahu buat selepas spm.Aku berharap agar aku sembuh dengan cepat.Hanya inilah yang aku harapkan.Doakan aku ya temanku.

Oh ya sebentar tadi baru sahaja aku bermimpikan seorang wanita iaitu pengawas yang menjaga kelas aku semasa SPM.hehe :)

Semalam hari terakhir aku bersekolah.Selamat tinggal guru2ku,kawan2ku,makcik kantin,akak kantin,pakcik guard,tukang sapu sampah,musuhku,nasi lemak,mee goreng,hotdog special,garlic bread,kentang goreng,burger daging,keropok lekor,naget,mihun,air sirap,air tin,air mineral,padang sekolah,longkang sekolah,kelas 5merbau,papan tanda.papan putih dan macam2 lagi.

Aku akan merindui kamu semua,terutama yang rapat dengan aku.Harap kita dapat bersua lagi.

Alan Marz
--------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin mendapatkan informasi/gosip/isu semasa terbaru anda boleh melanggan secara percuma

Klik disini untuk melanggan

Chat PANAS!

8 comments:

Anonymous said...

Salam Alan..
Aku rs baik kau betulakan niat ko nak amik lesen...Niat tak baik, nnti Allah tak makbulkan permintaan ko nak cepat sembuh.

Pape pun, get well soon!

Unknown said...

salam bai. ak mmg slalu mlawat blog ni di kala masa senggang sambil menjamu mata layan peel2 artis2 mlayu kita. even family ak pn layan gak sejak ak kenalkan. btw, with regards to photography course, ni hanya pendapat ak, ak ada kazen gak yg minat ngan photography, ak cakap sapa2 pn bleh buat photogrpahy. bleh blajar dari "photography for dummies", net, kelab luar, atau member2. baik kau masuk course professional yang kau btol2 minat (graphic tu cam orite gak). lepas grad esok2 or time cuti sem kau bleh blajar photography bukan sbg hobby ja, malah sebagai sumber pencarian. kazen ak tu skrg budak akaun n cuti2 cam ni dia buat part-time ngan member dia amek gambar org kawen. dapat gak ah 3-5rat skali buat. ap pun gudluck yah bai. gudluck for both, d operation n ya future undertakings bai. yg penting kau kena tahu ap yg kau nak dalam hidup ni. dats all. shingga len kali ..


ps/gudluck utk lesen kau skali =)

Anonymous said...

lan da besar!ko da abis spm...

Anonymous said...

hi there..sy slalu gak visitur blog time free..hmm,wat kind of surgery u will undergo?coz i'm a nurse..so maybe can give u some advice for that..yg penting tawakal kepada tuhan..insyallh semuanye berjln lancar..gud luck to you...

Anonymous said...

alan..kite rase penyakit tu biar sembuh dulu baru fkr2 yang lain ok.kite manusia merancang tuhan yang tentukan.so i hope u will be success rite.chow chin chow.

Anonymous said...

fotografi yang penting skill dan apa yg penting nak cari makan - cable. banyak cable mmg senang ah.

Anonymous said...

salam....
alhamdulillah ko dah habis spm...
sabar lah tentang ujian allah....
lepas operate tu ok lah kot...
tentang kamera DSLR, aku pki canon...
aku pun cadangkan ko guna canon sbb aksesori dia banyak. nikon pun ok...
dlm bidang pengajian plak, aku rasa better ko ambik grafik. pas ko tangkap gambar, ko edit kaw2 plak... hehehe....
cadangan aku je lah...
slamat ber fotografer
slamat menjalani pembedahan,
slamat menyambung pengajian

Anonymous said...

salam....
alhamdulillah ko dah habis spm...
sabar lah tentang ujian allah....
lepas operate tu ok lah kot...
tentang kamera DSLR, aku pki canon...
aku pun cadangkan ko guna canon sbb aksesori dia banyak. nikon pun ok...
dlm bidang pengajian plak, aku rasa better ko ambik grafik. pas ko tangkap gambar, ko edit kaw2 plak... hehehe....
cadangan aku je lah...
slamat ber fotografer
slamat menjalani pembedahan,
slamat menyambung pengajian