Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Hari Pertama Bekerja

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






05 January 2009

Hari Pertama Bekerja






Tadi pagi adalah hari pertama aku bekerja di sekolah kanak-kanak istimewa.Banyak pengalaman baru yang telah aku pelajari.Soal gaji bukan menjadi penghalang kerana aku minat akan kanak-kanak,terutama kanak-kanak istimewa.Aku ingin mencari pengalaman baru untuk mengisi masa lapang aku sambil menunggu keputusan SPM yang akan keluar pada bulan mac nanti.Harap-harap aku akan mendapat keputusan yang cemerlang.Apa yang menarik tentang pekerjaan ini ialah aku hanya kerja dari pukul 8 hingga 12.30 tengah hari.Tidak sampai lima jam aku bekerja.Kebanyakannya aku duduk di dalam kelas menjaga kanak-kanak.Selain itu,jika cuti am atau khas aku juga akan mendapat cuti dan gaji tidak akan dipotong,kalau cuti sekolah 2bulan gaji aku tetap jalan,kira aku bekerja macam guru-guru disekolah lah,cuma pangkat aku disana ialah pembantu guru.Guru besar memberitahu aku bahawa pihak sekolah akan mengadakan lawatan ke sunway lagoon dan menunggan kuda.Menarik bukan?

Macam-macam gelagat pejalar sekolah tersebut,ada yang suka naik buaian tidak henti-henti,ada juga yang pemalu,ada yang suka main-main dengan tangan mereka dan macam-macam gelagat mereka

Oh ya,lupa aku nak beritahu kamu semua,kebanyakan pelajar di sekolah tersebut adalah berasal dari golongan atasan.Ada yang ayah dia berpangkat datuk.Aku berasa bangga dengan datuk tersebut kerana anak beliau adalah anak angkat yang dibeli dari orang pakistan,semasa dia menjaganya dahulu,budak itu masih sihat.Selepas beberapa tahun budak itu mengalami penyakit down syndrome.Tetapi Datuk itu masih menjaganya sehingga anak dia berusia 21 tahun.Walaupun sudah berusia 21tahun,tetapi dia boleh dikatan agak lembab dari pelajar yang lain kerana sampai sekarang dia tidak tahu mewarna.Kesian dia,aku doakan agar dia cepat belajar.Amin.Ada juga anak kepada seorang doktor pakar di hospital swasta.Yang lain aku tidak tahu.Hari ini hanya separuh daripada pelajar datang ke sekolah,mungkin kerana hari ini adalah hari pertama sekolah dan ibu-bapa sibuk menghantar anak mereka yang tidak mengalami penyakit ini ke sekolah biasa.

Okay aku ringkaskan apa yang aku telah buat awal pagi tadi
7.30-8.00 Pagi
-Aku dan guru besar sekolah tersebut menunggu ketadangan guru-guru dan pelajar sekolah ini

8.01-8.44 Pagi
-Duduk sambil menunggu kesemua pelajar sampai

8.45-9.50 Pag
-Bawa pelajar berjalan-jalan untuk sebentar dan kemudian singgah di dewan untuk berehat sebentar

9.51-10.30Pagi
-Berehat sambil bermain dengan kanak-kanak tersebut
10.31-12.30 Tengah Hari
-Belajar di dalam kelas sambil bermain dengan kanak-kanak sekali lagi

12.31-12.50 Tengah Hari
-Tunggu ibu bapa pelajar menjemput anak mereka dan aku pulang ke rumah dengan gembiranya.

Begitulah hari pertama aku bekerja di sekolah kanak-kanak istimewa.Mungkin minggu depan pelajar akan bertambah dua kali ganda daripada minggu ini dan aku perlu bekerja keras untuk menjaga mereka.

Orang Asli
Kamu semua mesti pelik apa kena mengena orang asli dengan pekerjaaan aku bukan?Okay begini ceritanya,di sekitar sekolah tempat aku bekerja adalah kawasan rumah orang asli,dahulunya tempat itu dipenuhi dengan hutan belantara.Keraan ingin membeli tanah mereka dan memberikan mereka dua buah rumah teres besar kepada setiap satu keluarga,yang peliknya mereka tidak duduk dirumah mereka tetapi mereka duduk di dalam pondok yang dibina di belakang rumah mereka.Mereka menyatakan bahawa duduk di rumah panas,dan mungkin mereka tidak biasa duduk di dalam rumah yang agak mewah,jadi mereka membina pondok kecil di belakang rumah mereka.Sebuah rumah lagi disewakan kepada orang lain sekitar RM 1300-1500.Pandai juga mereka cari duit untuk menanpung hidup mereka.Ada yang beragama Islam,Kristian,Hindu,Budha dan sebagainya.Ada juga yang tidak mempunyai agama.Di kawasan perumahan orang asli tersebut memang penuh dengana anjing kurap di tepi jalan termasuk di dalam sekitar sekolah aku.Nasbib baik anjing itu pengecut,kalau tidak habis pelajar sekolah itu digigitnya

Oh ya,kerajaan juga menyediakan 1buah sekolah menengah dan 3buah sekolah tadika termasuk buku,pakaian,beg sekolah dan peralatan sekolah diberikan oleh kerajaan secara percuma tetapi hanya kurang 10% daripada semua penduduk rumah orang asli disekitar itu yang pergi ke sekolah.Jika ditanya kenapa mereka tidak pergi ke sekolah,macam-macam alasan yang mereka berikan.Antaranya "cikgu bagi keluar nak sembahyang" salah seorang budak memberitahu kepada guru besar yang berbangsa Cina,Cikgu aku pun cakap "Mana ada sembahyang hari khamis pagi,hari jumaat tengah hari adalah" .Terus terdiam budak itu ada juga yang menipu dengan mengatakan sekolah cuti hari ini,padahal hari ini adalah hari pertama sekolah.Hampeh!

Aku harap ramai orang asli menghantar anak-anak mereka yang hampir 20 orang ke sekolah.Kerajaan sudah bagi banyak kemudahan kepada mereka,tetapi mereka tidak kesah akan apa yang diberikan kepada mereka.

Sekian.

--------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin mendapatkan informasi/gosip/isu semasa terbaru anda boleh melanggan secara percuma

Klik disini untuk melanggan

Chat PANAS!

4 comments:

Anonymous said...

tahniah atas apa yg ko lakukan..

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

wahhh...congrats..kerja yg mulia
watahsi pun suka budak2
tp tade rezeki nk keja tempat camtu

REDSOSEJ said...

aku bangga ngan lan...sungguh x disangka

Anonymous said...

bagus2..
tapi..saye rase saye tau tu sekolah ape..kiwanis kan??? xingat nama tempat..tp area damansara nk g ke OU kn??hehe..saye penah g ctu gak..and i know a few people who send their children there..datuk, doktor.. but 1 thing i dun like about that place is that dogssss are everywhere...!! huwaaaa..
anyway..good job!!