Belakang tabir McDonald’s
ANDA pelanggan setia McDonald’s? Apakah makanan kegemaran anda? Ayam goreng yang rangup, burger yang enak atau kentang goreng yang enak? Tahu bagaimana ia disediakan?
Anda kini berpeluang menjengah dapur restoran makanan segera dan melihat sendiri bagaimana makanan kegemaran anda disediakan di samping memahami langkah penyediaan ketat yang diamalkan bagi memastikan pelanggan menikmati produk terbaik.
Menerusi program Open Doors, anda boleh menikmati semua pengalaman ini, mengenali mereka yang bekerja di belakang tabir McDonald’s dan mengutarakan sebarang kemusykilan berkenaan operasi di restoran makanan segera ini.
Diadakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, bermula jam 3 petang hingga 6 petang, pengalaman menarik ini boleh dikecapi di 32 restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara.
Bagaimana caranya? Anda hanya perlu membuat prapendaftaran di mana-mana restoran terpilih ini menerusi borang yang disediakan. Pilih hari dan waktu yang anda inginkan.
Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman web www.mcdonalds.com.my.
Daftar sekarang dan alami pengalaman yang pasti menghiburkan.
No comments:
Post a Comment