Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Perodua ViVA habuan juara GS Joran 2007

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






25 May 2007

Perodua ViVA habuan juara GS Joran 2007

Akhirnya, wajah sebenar kereta yang akan menjadi habuan dua juara Grand Slam Karnival GP Joran 2007 muncul dengan pelancaran model terbaru Perodua ViVA, di ibu negara, Khamis minggu lalu.
Juara siri GP Joran 2007 bagi Kategori Laut dan Kategori Pantai masing-masing akan menerima sebuah ViVA 1,000 cc berharga kira-kira RM45,000.

Kereta kompak terbaru dalam pasaran Malaysia itu diberi nama ‘ViVA’ atau ‘Kehidupan’ yang dilancarkan Pengerusi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Tan Sri Asmat Kamaludin.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Hafiz Syed Abu Bakar, berkata ViVA memiliki pelbagai kelebihan iaitu lebih anggun dan aerodinamik yang menyerlahkan gaya baru; mutu kemasan dalaman yang direka untuk keselesaan; lebih ruang untuk penumpang dan muatan; serta mempunyai beberapa ciri praktikal.

Beliau berkata, kereta ini didatangkan dalam empat versi pilihan dengan kapasiti enjin 660cc, 850cc dan 1,000cc dengan lima warna pilihan. Ia berharga antara RM28,400 hingga RM44,200 tiap satu.

Kereta kompak lima pintu yang anggun itu juga sesuai untuk pelbagai kegiatan riadah seperti pemancing yang memerlukan perjalanan jauh dan dekat. Ruang dalam yang luas dan kerusi belakang yang boleh dilipat sangat sesuai untuk pemancing mengisi barangan termasuk tong ikan, khemah mahupun peralatan memancing.

ViVA bakal menjadi milik jagoan yang mengutip mata tertinggi melalui lima siri GP Joran dan satu pusingan pra-GP bagi kategori masing-masing.

Perodua menjadi penaja hadiah utama siri GP Joran sejak tiga tahun lalu dengan menyediakan empat Perodua Kembara bagi juara GS Joran 2005 dan 2006.

Hafiz berkata, antara ciri model baru ini ialah penggunaan enjin dilengkapi aci sesondol berkembar (DOHC), penalaan enjin berjujukan dinamik (DVVT) serta suntikan bahan api elektronik (EFI).

“Ini adalah kali pertama Perodua memasukkan ciri-ciri EFI dalam varian 660cc dan 850cc kereta keluarannya,” katanya.

Pelanggan boleh memilih warna perak (Glittering Silver), merah (Passion Red), putih (Ivory White), hijau (Tropical Green) dan hijau muda (Pearl Jade).

No comments: