Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Betul ke Aziz M Osman, Vee berpisah?

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






17 May 2007

Betul ke Aziz M Osman, Vee berpisah?

DUA, tiga minggu kebelakangan ini, ramai yang bertanya kepada Zubir, sejauh manakah kebenaran cerita yang tersebar dari mulut ke mulut mengenai keretakan rumah tangga pengarah filem terkenal, Aziz M Osman dan isterinya, pelakon Nur Aliah Lee atau lebih dikenali sebagai Vee.

Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan bahawa Aziz dan Vee bukan lagi pasangan suami isteri atau lebih tepat lagi, mereka sudah pun bercerai. Pun begitu, belum ada sebarang pengesahan dibuat mengenai perceraian itu baik daripada mulut Aziz mahupun Vee sendiri. Kedua-duanya seolah-olah mengambil langkah berdiam diri.

Tapi, orang kata kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang. Justeru, ketika Zubir menghadiri sebuah majlis makan-makan baru-baru ini, seorang kenalan turut bertanyakan perkara yang sama Tapi, kali ini kenalan itu ada maklumat tambahan.

"Macam-macam versi aku dengar Zubir. Ada yang kata mereka dah tak tinggal sebumbung lagi, ada pula yang beritahu, dia orang dah berpisah.

Tapi, berita terbaru yang aku dengar, Aziz dengan Vee memang dah bercerai, tapi dia orang tak nak kecoh-kecoh sebab nak menjaga perasaan banyak pihak terutama anak-anak.

"Aku dengar cerita, sekalipun dia orang bukan lagi suami isteri, tapi perhubungan mereka masih baik, tetap mengusahakan ACE Motion Pictures bersama-sama. Mereka tetap membesarkan anak-anak bersama. Kita sebagai kawan-kawan tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka, insya-Allah," kata kawan Zubir.

Bagi Zubir, mungkin Aziz mahupun Vee belum benar-benar bersedia membuat pengumuman apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga mereka. Semoga mereka sama-sama menemui kebahagiaan dalam hidup.
sumber
http://www.emedia.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/ZubirIntip/20070514123905/Article/

Mahu yg lebih hangat Daripada FUIYOH BLOG?
Sertai Fuiyoh VIP (click disini)

No comments: