Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Kenapa artis wanita suka pakai seksi?

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






17 May 2007

Kenapa artis wanita suka pakai seksi?

Saudara Editor,

SUNGGUHPUN usia saya sudah mencecah setengah abad tetapi saya masih mengikuti perkembangan dunia artis termasuk di Malaysia.

Dengan hati yang ikhlas dan jujur, tanpa niat menjatuhkan maruah sesiapa jika inilah jalan rezeki yang ditentukan, saya ingin menegur sikap segelintir artis yang suka bergaya terlalu seksi.

Saya perhatikan, setiap kali adanya majlis anugerah, rata-ratanya artis wanita Melayu dan beragama Islam terlalu bermegah dengan pakaian seksi yang melampau.

Terus terang, saya sebagai seorang wanita Melayu saya malu melihat gaya mereka yang tidak segan silu menunjukkan pangkal buah dada, ketiak dan terdedah habis pada bahagian belakang.

Saya memang faham baju mereka itu ditaja dan direka khas pereka fesyen, tetapi kalau ditutup bahagian tubuh yang saya nyatakan itu, adakah ia akan menampakkan artis wanita kita sebagai ketinggalan zaman?

Tidakkah si pemakai itu terlintas di hati mereka bahawa pakaian itu amat bertentangan dengan budaya ketimuran? Sebaliknya, artis lelaki nampak lebih bersopan kerana selalu memakai sut atau kot.

Sepatutnya pereka fesyen kita patut menggalakkan artis wanita kita menggayakan baju yang lebih kelihatan sopan dan tertib. Tapi mungkin juga ia atas kehendak artis itu sendiri.

Cubalah fikir dan ambil iktibar perkara ini pada majlis anugerah mereka tampil dengan imej yang lebih sopan. Takkanlah kalau tidak pakai baju seksi bererti martabat artis akan jatuh dan tidak akan popular lagi. Suami saya seorang bangsa asing tetapi dia sendiri selalu mempersoalkan, inikah cara pakaian wanita Melayu?

Sekian, terima kasih.


Mahu yg lebih hangat Daripada FUIYOH BLOG?
Sertai Fuiyoh VIP (click disini)

No comments: