Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Kualiti filem tempatan perlu dipertingkat

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






17 May 2007

Kualiti filem tempatan perlu dipertingkat

Pada hemat saya, kualiti filem Melayu tidaklah seteruk mana dan menunjukkan beberapa peningkatan.

Antara filem yang saya rasakan bermutu ialah Embun, Puteri Gunung Ledang (PGL), Gubra, Baik Punya Cilok, Remp-It, Pontianak Harum Sundal Malam, Bilut, Tentang Bulan, Gol & Gincu, Cinta, Syaitan dan Cicak-Man. Selain itu ada juga filem yang sederhana mutunya seperti Puaka Tebing Biru dan Qabil Khushry Qabil Igam. Sebagai seorang penonton, saya sentiasa mengharapkan jalan cerita yang menarik dan menghiburkan.

Kadangkala cerita asas sudah cukup menarik tetapi skrip, dialog, lakon layar, sinematografi dan pengarahan pula kurang berkesan.

Mungkin dengan menonton pelbagai filem bermutu dari luar negara, pengarah, pelakon dan produser kita akan dapat mempertingkatkan kualiti filem kita dengan segera. Menonton filem luar bukan bererti meniru bulat-bulat tetapi belajar teknik perfileman daripada mereka yang lebih berpengalaman. Keadaannya sama seperti kita menuntut ilmu di universiti luar negara kerana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat.

Saya akan terus menunggu banyak lagi filem Melayu di pawagam tempatan seperti Jangan Pandang Belakang, Sumolah, Anak Halal, Chermin dan Dukun. Majulah filem untuk Malaysia!

Mahu yg lebih hangat Daripada FUIYOH BLOG?
Sertai Fuiyoh VIP (click disini)

No comments: