Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: INILAH NASIB ORG MELAYU SEKARANG???

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






28 May 2007

INILAH NASIB ORG MELAYU SEKARANG???

Oleh kerana kita yang mengizinkan wujudnya kelab-kelab malam, dan pusat-pusat maksiat seumpama ini, maka tak secara langsung kita membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak bangsa untuk mencari rezeki di sana.

Kerana itu setakat di Lembah Kelang dari Pelabuhan Kelang ke Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang Jaya sehinggalah ke Kuala Lumpur jangan terperanjat kalau kita lihat anak-anak Melayu Islam (termasuklah yang telah berkeluarga dan beranak sebagaimana dalam kes ini) bekerja di pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam seumpama ini sama ada sebagai pelayan, bartender, GRO ataupun penari-penari lucah semata-mata kerana ianya tidak dilarang dan dihalang oleh pihak yang berwajib.

Anak Melayu membancuh arak, anak Melayu dengan pakaian menjolok mata menghidang arak dan anak Melayu merela tubuhnya digomol dan diperlakukan semata-mata kerana alasan mencari rezeki.

Hakikatnya demikianlah anak-anak Melayu Islam pada hari ini, jika di zaman 50-an dan 60-an dahulu istilah wanita kabaret adalah istilah yang jalang dan hina dalam masyarakat Melayu, hari ini anak-anak Melayu berbangga bekerja di tempat-tempat ini kerana pendapatan mereka lumayan, dan mereka juga tidak keberatan melakukan apa sahaja, lantaran mereka tidak lagi merasakan turut sama-sama menatang dan memikul minyak yang dimaksudkan tadi.

No comments: