Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Lagu 'Papa Jahat' panaskan debat Dewan Negara

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






11 May 2007

Lagu 'Papa Jahat' panaskan debat Dewan Negara

Lagu 'Papa Jahat' panaskan debat Dewan Negara
07-05-2007 08:12:15 PM

KUALA LUMPUR: Lagu "Papa Jahat" yang dinyanyikan kumpulan The Fabulous Catz hari ini memancing perdebatan beberapa anggota Dewan Negara yang mempunyai pendapat berbeza terhadap implikasi lagu yang membayangkan kekecewaan seorang anak terhadap sikap bapanya itu.

Senator Datuk Jins Shamsuddin yang membangkitkan isu itu berkata lagu berkenaan tidak sepatutnya dibiarkan berkumandang kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai moral masyarakat di negara ini.

"Seni kata lagu ini langsung tidak menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pendengar di kalangan kanak-kanak.

"Malah ia bertentangan dengan kempen Budi Bahasa yang sedang dilaksanakan oleh negara. Jika tidak dibendung mungkin akan timbul pula selepas ini lagu "Mama Jahat" pula," katanya ketika membahaskan usul menyokong titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Pandangan beliau bagaimanapun dipersoal Senator Datuk Tajul Urus Mat Zain yang menyifatkan lagu itu boleh menjadi pembuka mata kepada bapa-bapa yang tidak bertanggungjawab.

"Berdasarkan seni kata lagu ini, mungkin kalau selalu dimainkan di radio boleh menyedarkan bapa-bapa yang tidak bertanggungjawab supaya lebih ambil berat mengenai anak-anak mereka.

"Jadi saya rasa ada baiknya kalau ada lebih banyak lagu-lagu seperti ini," katanya ketika mencelah perbahasan Jins.

Isu itu turut menarik perhatian Senator Datuk Dayang Mahani Tun Pengiran Ahmad Raffae yang bersetuju bahawa kata-kata kesat tidak sepatutnya dikeluarkan oleh anak-anak walaupun mereka tidak puas hati terhadap orang tua.

Beliau bagaimanapun meminta pandangan mengenai cara yang terbaik dan berkesan yang boleh digunakan oleh anak-anak jika ingin menegur sikap atau perbuatan orang tua mereka.

Dalam jawapannya terhadap persoalan berkenaan, Jins berkata, ada cara yang lebih baik boleh digunakan oleh anak-anak untuk menegur ibu bapa mereka.

"Kalau suruh anak-anak maki ibu bapa melalui corong radio, saya rasa itu nilai tidak baik. Kalau ada yang tidak puas hati boleh dibincangkan di rumah sebab didikan yang sempurna sepatutnya dimulakan dari rumah, bukan melalui corong radio.

Justeru beliau mencadangkan supaya ibu bapa meluangkan masa untuk bersama-sama anak-anak memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah berkenaan secara kekeluargaan.

Persidangan dewan bersambung esok. BERNAMA

No comments: