SMS minta sebar kepada 10 rakan
BARU-BARU ini saya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya menyampaikan amanat dari Makkah (penjaga makam Rasulullah SAW).
Kiamat sudah dekat dan kehidupan manusia dipenuhi maksiat. Maka bertakwalah dan bagi yang menerima SMS itu hendaklah menyebarkannya kepada 10 rakan untuk mendapat rahmat dan rezeki melimpah, sebaliknya jika dibiarkan orang berkenaan mendapat musibah.
Soalan saya, wajibkah penerima SMS seperti ini mengikut apa yang dikatakan?
LIZA
Perak
SMS begini umpama surat berantai. Soal rahmat dan rezeki serta musibah dan kebaikan adalah sifat Tuhan. Hanya Allah SWT yang layak memberinya.
Jika kita percaya ada sumber lain yang berkuasa, ia hampir menyukutukan Allah.
Menyampaikan ingatan dan amanat tidak salah, tetapi menjadi salah jika menganggap rezeki dan rahmat terhalang hanya kerana tidak menyampaikan SMS kepada orang lain.
Nasihat saya, SMS ini harus terhenti pada saudari saja. Usah memanjangkannya lagi.
No comments:
Post a Comment