Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Dicerai ketika hamil

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






22 May 2007

Dicerai ketika hamil

SAYA berumur 38 tahun dan mendirikan rumah tangga 18 tahun lalu serta mempunyai lima anak. Sekarang saya hamil anak keenam dan ketika kandungan masuk bulan kelima, suami menceraikan saya dengan talak dua (sekali gus) kerana mempunyai teman wanita.

Bagaimanapun, saya tidak keluar dari rumah berkenaan demi anak. Sebulan selepas itu kami merujuk semula dan hidup seperti biasa. Sayangnya kami bersama hanya sembilan hari dan saya diceraikan lagi.

Ini bermakna sudah jatuh tiga talak dan seminggu selepas itu suami saya bernikah dengan teman wanitanya.

Saya ingin tahu adakah jatuh talak jika perkataan itu dilafazkan ketika isteri mengandung? Bolehkah surat cerai dikeluarkan dalam masa seminggu tanpa perlu suami dan isteri merujuk ke mahkamah?

Saya berasa sangat sangsi kerana ramai yang kata talak tidak jatuh. Bagaimanakah status saya sekarang?

INGIN PENJELASAN
Salnu


Talak yang dilafazkan suami ketika isteri mengandung adalah sah, cuma perbuatan suami menjatuhkan talak ketika isteri hamil adalah berdosa. Ini kerana talak yang jatuh ketika hamil akan menyebabkan edah isteri bertambah panjang.

Dalam masalah puan, talak yang dijatuhkan suami pada kali pertama adalah sah dan rujuknya juga sah. Talak kali ketiga juga sah, cuma edah isteri yang diceraikan talak tiga ketika hamil ialah sehingga dia melahirkan anaknya.

Dalam keadaan sekarang, puan dan suami tiada jalan rujuk atau kembali kerana jatuh talak tiga kali.

Surat cerai hanya akan dikeluarkan pihak berwajib apabila puan dan suami membuat laporan kerana cerai berlaku di luar mahkamah.

Puan kini bukan lagi isterinya dan ada dalam keadaan edah. Saya sarankan segera membuat laporan untuk mendapatkan surat cerai.

No comments: