Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: United masih tunggu kelulusan AFC

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






24 May 2007

United masih tunggu kelulusan AFC


SELAMAT DATANG: Ketibaan Gill (kanan) disambut Setiausaha
Agung AFC, Datuk Paul Mony Samuel (kiri) di Rumah AFC
di Bukit Jalil, petang semalam. Pertemuan ini bagaimanapun
gagal mengubah keadaan mengenai isu lawatan MU ke
Malaysia pada 27 Julai ini.

MANCHESTER United mungkin terpaksa membatalkan kunjungan ke Kuala Lumpur 27 Julai ini bagi perlawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia sekiranya ia tidak mendapatkan kelulusan rasmi daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu dalam laman web rasminya, United berkata kelab itu memperolehi maklumat baru berkaitan perjanjian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan AFC selaku tuan rumah Piala Asia 2007.

“Ini bermakna bahawa Kelab ini tidak boleh bermain dalam perlawanan persahabatan ini tanpa kelulusan rasmi daripada AFC.

“Kelab ini berharap bahawa isu ini dapat diselesaikan oleh pihak terbabit bagi memastikan perlawanan persahabatan itu dapat dilangsungkan seperti dijadualkan,” kata kelab itu.

Semalam, Manchester United mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan, FAM dan AFC berkaitan perlawanan persahabatan yang dijadualkan di Kuala Lumpur ittu.

Sambil menyifatkan perlawanan itu sebagai elemen penting kepada sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia ia memberikan peluang terbaik kepada United untuk bermain di hadapan peminat tempatan.

Kenyataan United ini menjelaskan betapa perjalanan jauh ketua eksekutifnya David Gill dan pengerusi Liga Perdana Sir Dave Richards gagal menemui jalan penyelesaian.

Pertemuan kedua-dua tokoh itu dengan Presiden AFC Mohamed Hammam pagi semalam, gagal merungkai kekusutan sebaliknya status kunjungan United pada 27 Julai ini terus dalam samar dengan AFC bertegas supaya Red Devils menjadualkan semula tarikh perlawanan persahabatan mereka.

“Saya amat menghargai usaha yang ditunjukkan David Gill dan Sir Dave Richards dengan hadir ke Rumah AFC untuk bersemuka membincangkan isu ini,” kata Hammam dalam satu kenyataan selepas pertemuan itu.

“Kami sudah membentangkan kes kami kepada Manchester United dan menjelaskan sepenuhnya kedudukan kami.

“Hakikatnya, kita meneroka semua pilihan yang ada untuk mencari penyelesaian terbaik dan kami amat berharap bahawa kita semua boleh mencapai kompromi untuk melindungi kepentingan Piala Asia 2007 serta pembangunan bola sepak Asia.

“Kami sudahpun mengemukakan permohonan kami dan akan menunggu jawapan balas (United),” katanya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menandatangani kontrak dengan AFC bersetuju tidak akan mempromosikan sebarang acara bola sepak sepanjang berlangsungnya Piala Asia dari 7-29 Julai, dianjurkan bersama Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Bagaimanapun, minggu lalu FAM, berkata ia akan meneruskan juga dengan perlawanan persahabatan itu, dua hari sebelum final Piala Asia di Jakarta, sekali gus membangkitkan perbalahan hebat dengan AFC.

Sementara itu, jurucakap Manchester United berkata bahawa kelab itu sudah menerima permohonan berkaitan tarikh perlawanan terbabit dan akan memberikan jawapan secara terus kepada AFC.

sumber berita harian

No comments: