Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Sharifah Amani Botak

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






14 June 2007

Sharifah Amani Botak


Bayaran RM36K..wow




Sharifah Amani telah membotakkan kepalanya dalam persediaan berlakon dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Muallaf. Muallaf akan menjadi filem ke-4 yang menggandingkan pengarah kontroversi Yasmin dan pelakon Sharifah Amani selepas Sepet, Gubra dan Mukhsin.

Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Filem ini akan mengambil lokasi di dalam sebuah banglo di Ipoh.

Dalam satu kenyataan, Sharifah Amani berkata beliau tidak menyesal dengan keputusan untuk membotakkan kepalanya dan tindakannya nekad kerana yakin dengan kebolehan Yasmin sebagai pengarah walaupun babaknya botak dalam filem Muallaf hanya berlangsung selama 2 minit. Sebelum ini tercetus kontroversi bahawa Amani menerima hampir RM40,000 sebagai syarat untuk mencukur kepalanya sehingga botak. Dia menafikan gosip tersebut.

Dalam filem Muallaf, Rohani (Amani) dibotakkan kepalanya atas arahan bapanya (lakonan Rahim Razali) yang tidak tahan dengan sikapnya yang asyik keluar rumah.

Gambar Sharifah Amani (botak) ehsan Berita Harian.

No comments: