Mee Jawa Untuk Mawi...
surat terbuka untuk orang orang yang berfikiran terbuka dan bukanlah serangan peribadi ke atas Mawi, Mawi memang World, kata orng bangap.haha...
korang surely ada yang dah biasa tengok rancangan terbitan ASTRO RESUME UNTUK MAWI yang aku faham habis sudah dan ada sudah pemenangnya. tahniah kepada pemenang yang akan menjadi PA kepada Mawi. best la ko dapat mingle dengan superstar Malaysia ASMAWI ANI. cium la dia byk byk sebab rezeki ko datang dari dia. uhuuuu...
aku pernah tengok dua tiga kali rancangan ini, bagi aku rancangan ini, adalah untuk manusia manusia tunjuk hebat, terrer, angkuh lagi nak tunjuk dia saja yang betul. itu lah dia. dan aku rasa, pemenang yang menang itu, tidak deserve untuk menang, sebab aku rasa ada satu calon lain yang lebih layak. taknak la aku cakap sapa, tapi kalau kita open minded, dan rasional, kita surely tahu siapa yang lebih berhak.
atas sebab kehebatan aura Mawi sampai Astro sanggup adakan rancangan untuk mencari PA Mawi, apa kata dengan keadaan Mawi yang masih lagi hangat dan hebat dan ada kat atas langit macam dewa dewa lagi, kita adakan rancangan-rancangan lain yang berkaitan dengan dia.
contoh:
dalam pada kehangatan isu Mawi, dan Diana Rafar dan persoalan tentang setianya Mawi kepada tunangnya yang menanti di Felda Taib Andak, apa kata kita gunakan isu ini sebagai batu loncatan sebuah rancangan baru, yang penuh isu panas dan kontroversi. aku berikan tajuk rancangan ini;
MEE JAWA UNTUK MAWI
dalam rancangan ni, kita audition ratusan ribu candidate, perempuan, mahupun lelaki lembut maha pondan bapuk, comel atau tidak tak kisah la, untuk menjadi bakal teman hidup mawi yang sebenarnya. penyertaan dibuka kepada semua, termasuklah artis Malaysia macam Diana Rafar atau Zamarul Hisham sendiri atau celebriti lain. penyertaan juga terbuka dan wajib untuk tunangan si Mawi.
dalam rancangan ini, kita pilih bakal calon isteri Mawi. kita buat setiap episod dengan challenge atau task yang hebat hebat yang Mawi tentukan untuk menapis calon yang sesuai. dari acara memasak, membancuh air, mengurus rumah, membasuh baju, menyidai baju di ampaian, mengemas rumah, menjaga anak, menjaga lelaki, menjadi partner hidup dan sebagainya. amacam.... :)
seperti juga rancangan Resume Untuk Mawi, pasti ada cakar menyakar, kutuk mengutuk, keji mengeji, puas tak puas hati, main nama mak bapak, panggil orang cara kurang ajar, bahasakan diri orang dengan kasar, dan mengaku diri bagus nak mampus dan sebagainya. baru best. kan orang kita suka realiti tv. realiti tv yang selalunya membongkar hati manusia yang sebenar yang selama ini selalu ditopeng baju yang cantik cantik dan mekap yang tebal tebal. uhuhuhu...
keputusan diadili 100% menggunakan SMS. serius. sesuai dengan status Mawi yang jaguh SMS, biar Mawi pilih dengan calon yang diundi oleh peminat fanatik dia pulak. wuhu. biarlah peminat dia tentukan sapa yang berhak jadi orang rumah Mawi, sapa yang berhak basuh baju dan kemas rumah Mawi. huhu...
selepas keberjayaan siri realiti tv ini yang berlangsung selama 400 episod (supaya syarikat telekomunikasi kaut untung juta juta dan kemudian kasik charity RM200,00 untuk elak cukai), kita leh propose rancangan lain yang ideanya berteraskan Mawi, contohnya;
- Selera Untuk Mawi - cari tempat makan yang mawi minat
- Shopping Kompleks Untuk Mawi - tempat Mawi sesuai membeli belah
- Rakan Untuk Mawi - pilih kawan-kawan Mawi
- Baju Untuk Mawi - baju pilihan untuk Mawi
- dan sebagainya
paling bodoh dah takde idea nak buat, leh la buat program Spender Untuk Mawi. uhuhuhu...
yes, ini adalah surat terbuka kepada mereka yang berpikiran terbuka...
on a sore note, aku terbaca berita di sebuah surat khabar tempatan bahasa sebuah syarikat perhiasan dalaman mahu taja RM100,000 untuk rumah Mawi (di sini aku tak tahu rumah dia ke rumah famili dia ke). RM100,000? bukankah Mawi itu jutawan? tak mampu beli perabot ke? seriously aku bukan dengki atau perut busuk or what. tapi pikir la, dari kasi tajaan sebanyak itu kepada Mawi untuk rumahnya diisi dengan perabot perabot mahal, pikirlah banyak mana lagi rumah-rumah anak yatim yang tak cukup perabot, yang budak budak rumah anak yatim yang terpaksa tidur atas lantai beralas tilam nipis. banyak mana rumah orang tua yang perlukan katil dan tilam baru bagi ganti tilam yang dah tak empuk bagi diaorang yang punya masalah sakit badan dan tulang belakang? pikir la...
oh ya, dan satu lagi la. ingat tak final AF3 tahun lepas? rm15 juta lebih kurang, untuk undian kepada perserta AF3 atau Mawi sorang saja, aku dah lupa la... tapi RM15 juta??? rancangan Bersamamu TV3, first season hanya dapat kutip kurang dari RM1 juta. KURANG!!! penting sangat ke taksub dengan manusia biasa dari tolong manusia yang lebih daif dan memerlukan? pendek akal ke takde akal?
aku tidak ada dengki dengan Mawi, itu rezeki dia. tapi orang orang di belakang dia yang buat aku terasa perlu tulis surat terbuka ini. hurm. banyak lagi aku nak tulis, tapi aku rasa tak perlulah. sebab aku ni siapa, nak tulis semua ni. dan aku harap Mawi usahalah supaya dapat respek dari semua orang, bukan hanya respek daripada peminat fanatik dia, tetapi dari semua yang menyangkal kebolehan dia, yang mana aku pun salah sorang dari yang menyangkal...
silalah tembak aku jatuh dari langit...
menulis untuk provoke atau diprovoke untuk menulis...
esok saja...
3 comments:
fuyoooh...syok baca post ko ni...
apa yg ko tulis ni..ada benarnya...terutama pasal perabot tu...pa lah salahnya bg kat rumah anak yatim piatu kan?rm100k tu mampu beli tilam,katil.meja belajar yg selesa utk anak2 ni...
terima kasih ... harap ramai org terbuka minda membaca ayat2 ko ni..
tp...memang lawaklah cadangan ko pasal mee jawa utk mawi tu...kakakkaaa
Soalan untuk si MELAYU
Soalan
anda tjumpa duit ditepi jalan sebanyak rm1++(ckup la ntuk beli yg anda nak)
ke mana anda mahu serahkan duit itu?
a) poket
b) polis
c) anak yatim
d) plzz... i x ambil tau!
org paling bagus dalam malaysia :)
a) datuk k
b) mawi
c) siti nurhaliza
d) eh.. jgnla kata i.. i malu!
org paling dibenci :(
a) mawi
b) siti nurhaliza
c) tiada
d) eh... bukan i lah!
anda x suka melayu sebab?
a) poyo
b) sengal
c) macam bagus
d) i x kate pon x suke...
kesimpulan anda?
Soalan untuk si MELAYU
Soalan
anda tjumpa duit ditepi jalan sebanyak rm1++(ckup la ntuk beli yg anda nak)
ke mana anda mahu serahkan duit itu?
a) poket
b) polis
c) anak yatim
d) plzz... i x ambil tau!
org paling bagus dalam malaysia :)
a) datuk k
b) mawi
c) siti nurhaliza
d) eh.. jgnla kata i.. i malu!
org paling dibenci :(
a) mawi
b) siti nurhaliza
c) tiada
d) eh... bukan i lah!
anda x suka melayu sebab?
a) poyo
b) sengal
c) macam bagus
d) i x kate pon x suke...
kesimpulan anda?
Post a Comment