Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: HALINA dan Sheikh Muszaphar Bernikah pada julai 2009

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






13 February 2008

HALINA dan Sheikh Muszaphar Bernikah pada julai 2009

'Saya nikah Halina Julai 2009'

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


HALINA dan Sheikh Muszaphar

KUALA LUMPUR - Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh MuszapharShukor Sheikh Mustapha mengakui bakal mendirikan rumah tangga denganbuah hatinya, Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, pada pertengahan Julai 2009.

Menurut beliau, Halina menjadi pilihannya setelah mereka salingmengenal hati budi masing-masing sejak masih menuntut di universitilagi.

"Benar, saya kenal dia masa kami sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," akuinya ringkas.
Pada 27 November tahun lalu, kami
berjaya mendapatkanreaksi balas doktor dalam bidang kecantikan estetik di Prima NoraWomen's Wellness Centre itu mengenai hubungannya dengan SheikhMuszaphar.

"Saya serasi dan suka berkawan dengan Mus," kata Halina ketika itutetapi pada masa yang sama Sheikh Muszaphar mengambil sikap mendiamkandiri tanpa memberi sebarang komen.

Ditanya lebih lanjut soal perkahwinannya, Sheikh Muszaphar dengantenang berkata: "Saya tak mahu bercakap tentang hal kehidupan peribadisaya lagi."

Mengulas mengenai perkembangan terkini dirinya, beliau berkata, diatelah kembali kepada jawatan hakikinya sebagai pakar bedah di HospitalUniversiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tetapi hanya bertugas seminggusekali saja.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, pada 19 hingga 22 Februariini beliau akan berlepas ke Rusia bagi meneruskan eksperimen berhubungdengan penerokaannya di angkasa lepas dengan pihak negara itu.

Tambahnya lagi, kemungkinan pada bulan Mac ini, jurnal yangmemuatkan hasil eksperimen yang dijalankannya di Stesen AngkasaAntarabangsa (ISS) akan diterbitkan dan bakal dipasarkan hingga keperingkat antarabangsa.

Sebelum itu, kata Sheikh Muszaphar, buku tulisan arwah adiknya, Sheikh Mustapha Shukor yang bertajuk Mendukung Titian Ke Angkasa akan berada di pasaran terlebih dulu iaitu pada penghujung Februari ini.

"Buku setebal 100 muka surat itu akan diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina," katanya.
Buku itu secara keseluruhannya adalah catatan terperinci tentangSheikh Muszaphar daripada kaca mata arwah dan perspektif beliauterhadap abangnya itu sejak zaman kanak-kanak sehingga bergelarangkasawan negara.

--------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin mendapatkan informasi/gosip/isu semasa terbaru anda boleh melanggan secara percuma

Klik disini untuk melanggan

1 comment: