Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Bahasa Melayu

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






14 November 2008

Bahasa Melayu

Tiba2 terlintas di fikiranku untuk menulis tentang bahasa Melayu,dan aku sedar aku tidak fasih tahap melayu betul2 melayu,cuma setakat aku kenal bahasa Melayu dari kecil sampai sekarang.

Aku mulakan dengan orang cina.Kebanyakan rakyat cina di Malaysia kurang fasih berbahasa Malaysia.Aku yakin penyebab utama ialah mereka kurang terdedah sejak kecil lagi.Ibu bapa mereka lebih senang berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa ibunda mereka atau bahasa inggeris.Banyak penyebab yang membuatkan golongan ini kurang fasih berbahasa Melayu.Anda sendiri fikirlah sendiri.

Pernah aku terserempak dengan kaum Cina(INDONESIA) Aku kagum dengan kaum Cina di Indonesia.Mereka fasih berbasa Indonesia.Tiada cacat cela.Tidak seperti di Malaysia,kebanyakan apabila bertutur dalam bahasa Malaysia mempunyai slang.Contoh "lu olang kulang ajar".Aku bukan merendahkan kaum Cina di Malaysia,tetapi ini adalah suatu realiti yang perlu kita selesaikan bersama.Adakah ini salah ibu bapa mereka?Atau ini salah mereka sendiri kerana tidak menguasi bahasa kebanggaan kita?Tapi bukan semua kaum cina tidak fasih berbasa melayu,ada juga yang fasih.Seperti guru kelas aku,mengajar sejarah!

Berbeza dengan kaum India,kebanyakannya boleh bertutur dalam bahasa Melayu,cuma kurang fasih.Kebanyakan kaum India bergaul dengal Melayu,terumata kaum india yang tinggal di kawasan/kampung Melayu.Mereka boleh bertutur dengan fasih.Bukti yang menunjukkan kaum India fasih berbahasa melayu?Cuba kamu semua pergi ke mana2 seminar Bahasa Melayu untuk PMR & SPM,mungkin prof. yang memberi seminar merupakan berbangsa India.Sungguh fasih!Tapi maksud aku bukan semua orang India fasih berbahasa melayu,ada sebahagian yang tidak fasih.Ada sekali prof. Itu tanya "mana 1 yang betul?"tanyanya. "ali sepak bola terkena TIANG atau PALANG gol?"


jawapannya..
....................................................




Dua2 betul
Tiang gol = kayu/ besi yang menegak

Palang gol = kayu/besi yang melintang

Aku teruskan dengan orang melayu yang malu cakap melayu/buat2 tak tau cakap bahasa melayu/memang tak tau.Nama pun orang melayu kan?mesti la tau cakap,melainkan dia bisu.Ada jugak orang melayu yang tak boleh cakap bahasa melayu,mungkin sebab ibu2 bapa yang konon2 perasan mat saleh.Tapi tak boleh juga menyalahkan ibu bapa.Tapi setakat ini ada lah sekor dua budak Melayu yang aku jumpa tak fasih berbahasa Melayu.

Mat & Minat Saleh
Ok2,ini cerita tengtang kawan aku dan keluarga dia.Walaupun dia kacukan barat(mak) & Melayu(ayah),tetapi dia lebih senang bertutur dalam bahasa Melayu,orang lain yang tidak mengenali dia mesti terkejut bila terdengar dia cakap dalam bahasa Melayu.Tanggapan pertama mereka mesti pelik kerana orang barat boleh cakap bahasa Melayu.Ibunya yang kini telah menjadi penduduk tetap Malaysia,pun fasih juga bahasa Melayu dia,cuma ada sedikit loghat mat saleh dia.Kira bagus la,dia suka belajar tentang adat2 melayu.Suka pergi kenduri kawin,tapi melayu sekarang(bukan semua melayu) pergi clubing dan pergi ke tempat2 yang tidak berfedah.Oh lupa mak kawan aku dah lama masuk Islam.Kesian dia,gara2 nak masuk Islam ,ibunya(nenek kepada kawan aku/ibu kepada mak kawan aku) tidak menerimanya lagi.Tetapi aku kagum dengan dia.

Bahasa melayu antara bahasa yang elok dan sopan.Tapi malangnya kita tidak mahu mengenalinya walaupun sedikit.Mustahil bukan?Duduk di malaysia,makan nasi lemak,minum kopi,bahasa 'jajahan' .heh cerita ni berdasarkan pengalaman aku dan bukan berunsurkan perkauman ok?semua bangsa sama sahaja.kalau kita semua memperkukuhkan bahasa melayu,siapa tahun munkin bahasa melayu menjadi bahasa dunia?Jangan biarkah orang lain merampas bahasa kita,kang tak pasal2 kalau 1 Malaysia dah tak reti nak cakap melayu ada gak negara lain yang merampas bahasa kita.

Aku menyeru,agar semua pihak terutama kerajaan perlu membuat sesuatu supaya bahasa kita menjadi bahasa yang difahami dan digunai oleh semua lapisan masyarakat dan jika masalah ini berlanjutan,tidak hairanlah kemungkinan besar kaum melayu sendiri akan lupa akan bahasa mereka sendiri.

Sekian.
Maaf,kerana bahasa melayu aku tidak se'power' mana.Entri ini untuk peringatan kita semua termasuk aku.

--------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin mendapatkan informasi/gosip/isu semasa terbaru anda boleh melanggan secara percuma

Klik disini untuk melanggan

Chat PANAS!

3 comments:

acap3o6 said...

spm aku repeat bm, haha

Anonymous said...

CIKGU BM AKU DLU MASE PMR CIKGU INDIA TAU...TABIK SPRING DOW KAT DIA

Anonymous said...

cikgu bm aku form 1 and form 2 was a chinese.

die siap denda kitorg kalau gune bahse lain dr bahse melayu when she was teaching.

die tanye aku soalan informal, personally tegur aku, aku jawab "good mood dan bad mood". pastu die kate "kamu dah cakap 4 perkataan bahasa inggeris, kena denda rm0.40 (dende 10 sen satu perkataan bukan melayu).. masuk dlm tabung kelas. siot tol..