Fuiyoh/Alalalan ! Malaysia: Dulu bertudung, kini pakai baju sendat nampak pusat

.

Kami Sudah Berpindah

PERHATIAN!



Buat Duit Dengan Google!Bukan Skim Cepat Kaya!


Klik Disini!
.Dapatkan 1Juta Pelawat Secara Percuma Ke Blog/Web Anda
Click Here for Free Traffic!






13 June 2007

Dulu bertudung, kini pakai baju sendat nampak pusat

Dulu bertudung, kini pakai baju sendat nampak pusat

BILA sebut pasal artis bertudung ini macam-macam cerita yang SS dengar, tetapi siapalah SS hendak beri nasihat. Cuma SS harap lain kali sebelum bertudung, berfikirlah sedalam-dalamnya. Jangan permainkan perintah Allah.

Baru-baru ini, SS terima panggilan seorang pembaca Harian Metro bercerita mengenai perihal seorang artis ini. Kata pemanggil itu, artis berkenaan bukannya bujang lagi, sudah berkahwin dan beranak-pinak. Namun artis itu masih berjaya mengekalkan kecantikan dan kerampingan tubuhnya.

Agaknya dek kerana itu, dia teringin sangat hendak menggayakan pakaian fesyen sekarang seperti yang digemari remaja hari ini, seluar sendat bawah pusat dan blaus ketat.

Begitulah yang terjadi pada artis ini. Selepas sekian lama bertudung litup, suatu hari ketika pemanggil itu singgah di sebuah stesen minyak dia terserempak dengan artis itu yang sudah tidak bertudung lagi. Fesyen yang digayakannya pada hari itu seluar ketat dan baju nampak pusat.

Menurut pemanggil itu, bukan saja dia terkejut melihat perubahan artis itu tetapi orang lain yang ada di situ pun terkejut sama. Maklumlah, anak-anak dah besar panjang tetapi artis itu semakin berubah sikap pula. Sepatutnya dia menjadi contoh kepada anak-anak.

Masa itu taklah pula dengar yang rumah tangga artis itu berantakan. Sebab pada pandangan SS hanya mereka yang bermasalah saja akan menunjukkan sikap aneh. Rupanya perubahan sikap artis itu memang menunjukkan yang rumah tangganya bermasalah apabila artis itu bercerai dengan suaminya, baru-baru ini.

Siapa agaknya ya?

No comments: